Pilih satu Halaman

CIQ TRAINING & CONSULTANCY

CIQ TRAINING & CONSULTANCY adalah sebuah syarikat perunding latihan dan motivasi bagi sektor Kerajaan, Korporat, Universiti dan Sekolah. CIQ Training beroperasi di Kuantan, Pahang.

Kami bersedia menjadi Fasilitator Program Motivasi Berimpak Tinggi anda!

KENAPA PILIH KAMI?

TRAINER TERLATIH

Kami menyediakan Trainer atau Penceramah yang terlatih dan pakar dalam bidangnya dengan teknik-teknik penyampaian yang berimpak tinggi dan terkini

MODUL BERKUALITI

Kami menyediakan modul berimpak tinggi yang dibangunkan secara profesional dan ianya sesuai untuk semua lapisan masyarakat

PROMOSI HEBAT

Kami memberi promosi hebat kepada semua pelanggan baru kami sebagai inisiatif untuk memberi peluang merasai pengalaman baru  pada risiko yang rendah

KUALITI

Kami menyediakan program yang berkualiti dimana setiap peserta akan memperolehi manfaat yang teramat banyak. Ini telah diakui oleh peserta-peserta yang telah mengikuti program kami

Kepakaran Kami

Passion kami adalah untuk menyentuh hati, menambah nilai fikiran dan memalu gendang sukses kepada semua

Program Motivasi Pelajar

Kami menyediakan program motivasi khusus untuk pelajar sekolah di peringkat rendah dan menengah serta pelajar universiti di Negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya, Melaka, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Kedah dan Perlis. Program motivasi pelajar ini menggunakan modul Seminar berani UBAH!. Ianya dibangunkan khusus untuk membantu pelajar untuk berubah agar mereka lebih fokus dalam belajaran, lebih baik akhlaknya serta lebih dekat dengan Allah. Dengan kata lain untuk membantu pelajar berubah menjadi pelajar yang lebih baik. Program motivasi pelajar atau Seminar BERANI UBAH! ini bukan sahaja berimpak tinggi, malah memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan buat pelajar-pelajar

Program Motivasi Kepimpinan Pelajar

Program Motivasi Kepimpinan Pelajar adalah sebuah program motivasi yang fokus kepada pelajar-pelajar yang telah diberi tanggunjawab untuk menggalas tugas sebagai Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Ketua kelas dan lain-lain. Program Motivasi Kepimpinan Pelajar mengguna pakai modul UP! iaitu modul yang dibangunkan untuk Ubah Pemimpin menjadi lebih hebat serta menjadi ikon kepada pelajar-pelajar lain. Modul UP! membantu pelajar untuk menjadi lebih yakin, fokus, kreatif, integriti dan bersungguh-sungguh terhadap tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka.

Program Motivasi Pemantapan Staf

Program Motivasi Pemantapan Staf adalah sebuah program Team Bonding indoor yang fokus kepada pembangunan dan pemantapan staf di Organisasi. dengan mengguna pakai modul Move On! program ini memberi fokus kepada Pembangunan:

Diri staf,  

Kerjaya staf,

Keluarga,

Pasukan

Ilmu.

Setiap slot akan dikupas menggunakan teknik yang pelbagai seperti ceramah, perbincangan, aktiviti, permainan, dan lain-lain yang sesuai mengikut kesesuaian lokasi program dan peserta program. Kami menyediakan program pembelajaran yang menyeronokkan serta dapat membantu peserta menghilangkan penat dan stres di tempat kerja secara tidak langsung. Ianya akan membantu meningkatkan prestasi staf dan komitmen terhadap organisasi.

Pengisian program ini amat menarik dan terbaik kerana dalam pengisiannya terdapat pelbagai nasihat untuk berbagai tajuk. Bagi saya juga program ini tidak seperti program yang lain dimana pengisiannya hanya satu topik sahaja namun program ini banyak menyentuh pelbagai topik dan permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh seorang insan yang bergelar pelajar, rakan, murid, dan juga anak.

Pendapat saya mengenai teknik penyampaian Penceramah ialah beliau mampu menggabungkan pelbagai permasalahan-permasalahan yang perlu dibincangkan. Jadi, program ini dapat menyelesaikan permasalah kami..

MILEA UMAIRA BINTI FAIZ

Pelajar, MRSM Serting, Negeri Sembilan

Pendapat saya mengenai Penceramah & Program ini sangat bagus dan bermakna kepada saya. ini adalah satu program yang tidak pernah saya lihat dan saya rasa sangat suka cara Encik Zul menyampaikan ceramah kerana ianya sangat berlainan daripada penyampai motivasi yang lain. Dan segala maklumat-maklumat yang disampaikan penuh bermakna. Alhamdulillah dan terima kasih kerana menaikkan semangat saya untuk terus berusaha mencapai kejayaan dan terima kasih kerana mendoakan kejayaan kami semua.

SITI NOR AWATIF BINTI AHMAD

Pelajar, SMK Tunku Putra, Langkawi

Pada pendapat saya, program seperti ini memang pernah diadakan banyak kali, tetapi program ini yang paling menyeronokkan. Program ini juga telah memberi kesedaran buat diri saya untuk berubah ke pangkal jalan. Saya rasa program seperti ini perlu diadakan untuk memberi kesedaran buat remaja.

MUHAMMAD FARIS LUKMAN BIN MOHD ZAMRI

Pelajar, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan

Alhamdulillah, program seperti ini dilihat mampu menyuntik perubahan yang baik dan positif kepada para pelajar terutamanya dalam membentuk keperibadian pelajar dalam menjalani kehidupan di asrama tanpa melupakan matlamat utama sebagai hamba Allah.

Penyampaian yang menarik dan mampu menarik minat pelajar kerana menggunakan “bahasa” yang lebih dekat dengan pelajar dan istilah-istilah yang digunakan mudah difahami oleh pelajar.

Visual video menarik

Teruskan usaha murni dakwah ini. Tahniah

PN. SITI BINTI ALI

Guru, MRSM KUANTAN

Pada pendapat saya Penceramah ini sangat berkeyakinan, bersemangat dan dapat memberikan motivasi yang berkesan kepada para pelajar. Sangat bagus.

Program yang dianjurkan sangat seronok dan banyak ilmu yang diperolehi oleh saya serta mendapat banyak motivasi dan kesedaran diri kepada para pelajar. Saya memohon pihak sekolah dapat terus mengadakan program motivasi begini pada tahun hadapan dan tahun-tahun berikutnya juga oleh penceramah yang sama.

Syok!!!

NOR AINA BINTI ZAINUDDIN

Pelajar, Maktab Mahmud Langkawi

Pengisian program adalah sangat bagus untuk motivasi diri. Sebelum ini saya mempunyai masalah keyakinan diri dan suka beralasan. Selepas menyertai program ini saya sudah tahu saya tidak boleh mencari alasan dan salahkan orang lain. Saya juga perlu berani untuk berubah dengan mengenali potensi diri sendiri.

Yang penting saya tahu untuk allocate priorotize benda yang penting dalam hidup saya, kehendak / keperluan, dan seimbangkan dunia dan akhirat.

Hubungan baik dengan Allah kena baiki, hubungan dengan orang lain kena baiki dan improve lagi.

Just Do It.

DR. NOR ADLINDA BINTI OMAR

Pegawai Perubatan

Program Move On! Sangat bagus, berjaya menjadikan saya mengenali apa matlamat hidup saya sebenarnya. Alangkah baiknya jika dapat melibatkan ketua dan bekas ketua jabatan dan menerapkan kepada mereka bahawa hidup berpasukan dapat memberikan kecemerlangan dalam kehidupan dan sifat membangau (menyalahkan) orang lain adalah satu sikap yang buruk dan boleh menjejaskan kerja ahli pasukan tersebut. Semoga hati kami sentiasa dirahmati.

DR. ADZWANI BINTI MAHUDAN

Pegawai Perubatan

Very useful and self motivating program should ensure every individual in Hospital gets a chance to attend this course at least once. Thank you Mr. Zul for every motivating, positive and inspirational talk. we enjoyed and we appreciate. We hope to imply it and use it on a daily basis.

DR. LAVANYA MEYAPPAN

Pegawai Pergigian

Program ini sangat baik, cemerlang dan sangat membantu saya dalam kehidupan dan kerjaya. Kursus ini membuka minda saya dalam membentuk sikap, disiplin, amanah, tanggungjawab, sikap positif dan terus bersyukur atas nikmat yang diberikan.

Teknik penyampaian Penceramah sangat memuaskan, sampai terus ke hati dan minda serta teknik yang berkesan.

PUAN NOR AIMAH BINTI ABAS

Ketua Pembantu Tadbir, Hospital Daerah Raub

Syabas kepada Fasilitator! Ternyata kursus ini membuka minda dan hati saya, memotivasikan diri untuk berdiri sebagai staf yang cemerlang. Dari kursus ini saya janji untuk mengubah kekurangan diri tanpa kehadiran orang lain untuk mengubahnya. Teknik Penyampaian Penceramah hebat, Penceramah ada tarikan dan auranya yang tersendiri untuk peserta fokus dan boleh mengikuti kursus ini dengan jayanya. Penceramah seperti ini perlu dijemput lagi untuk sesi akan datang untuk pelbagai kategori jawatan. TQ
PN. MAZIAH BINTI ISMAIL

Jururawat, Hospital Daerah Raub, Pahang

Program “Move On” sangat hebat. Ia sangat-sangat banyak membantu saya dalam melakukan perubahan dan meningkatkan keyakinan diri saya. Banyak ilmu yang dikongsikan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Syabas!!! Teknik penyampaian penceramah sangat berkesan dan menyenangkan. Isi kandungan ceramah yang padat dan mudah difahami. Selain itu, penceramah sangat “Sporting” dan “Understanding”.
PN. NURSYAHIDA NADIA BINTI AB RAHMAN

Jururawat, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan

  1. Pengisian progam Move On! padat dengan tips untuk cemerlang dalam hidup, very realistik. secara keseluruhannya program ini berjaya mencapai objektif dengan cemerlang. Syabas!!
  2. Sangat membantu saya dalam kehidupan seharian.
DR. SHAHIDI BIN JAMALUDIN

Pakar Kardiologi, Persatuan Perubatan Jantung Pahang

Program ini sangat bagus dan perlu dipanjangkan kursus ini kepada semua kakitangan. Teknik penyampaian oleh Tuan Zulfikarullah sangat berjaya menarik perhatian kami para peserta. Program seperti ini perlu dalam menyeimbangkan diantara keperluan fisiologi dan psikologi. Diharap akan datang saya akan memperolehi peluang untuk menghadirkan diri dalam sesi ceramah/motivasi tuan Zulfikarullah .

InsyaAllah.

PN. NOR HAFIZAH BINTI MOHD YASIN

Klinik Kesihatan Bandar Kuantan

LEBIH BANYAK TESTIMONI

TESTIMONI KORPORAT

KLIK UNTUK INFO ———->>>>>>>>>>

TESTIMONI PELAJAR

KLIK UNTUK INFO ———->>>>>>>>>>

Program Motivasi Pelajar Sekolah Indonesia

Program Motivasi Pelajar Seminar Berani UBAH bersama pelajar Antarabangsa dari Sekolah Indonesia Kuala Lumpur Program berlangsung pada 29 & 30 Oktober 2018 di Benum Hill Resort yang terletak di daerah Raub Negeri Pahang. Ini kali pertama team kami sampai ke lokasi...

Program Motivasi Pemantapan Staf Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Alhamdulillah, Pasukan kami mendapat jemputan program bersama kakitangan Suruhajaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Pahang.   Program yang disertai oleh Pengarah SKM iaitu Haji Ibrahim dan staf seluruh negeri Pahang telah memberikan satu pengalaman yang menerujakan...

Program Motivasi UPSR

CIQ Training & Consultancy merupakan sebuah syarikat perunding latihan dan motivasi pelajar bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kami sedia berkhidmat untuk seluruh sekolah di Malaysia. Pelajar UPSR hari ini mengalami beberapa masalah yang membantutkan usaha...

Program Motivasi SPM

CIQ Training & Consultancy merupakan sebuah syarikat perunding latihan dan motivasi pelajar bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kami sedia berkhidmat untuk seluruh sekolah di Malaysia. Pelajar SPM hari ini mengalami beberapa masalah yang membantutkan usaha...

Program Motivasi Pelajar SPM

Dengan lafaz Bismillah sebagai pembuka kata. Semoga yang sedang membaca ini diberikan kecemerlangan di dunia dan akhirat. Jumlah pelajar SPM tahun 2017 Tahun 2017 seramai 443,883 calon telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tahun 2018 saya kami...

Ceramah Motivasi Pelajar SMK Badrul Alam Shah Kerteh Terengganu

Ceramah Motivasi bersama Pelajar SMK Badrul Alam Shah Kerteh Terengganu Bulan September Tahun 2013 merupakan langkah pertama CIQ Training & Consultancy terjun dalam bidang Motivasi & Latihan. Ceramah Motivasi bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam...

Program Motivasi Pelajar di Langkawi Kedah

Program Motivasi Pelajar di Langkawi Kedah. Mengimbau memori perjalanan CIQ Training dalam bidang Latihan dan Motivasi. Program Motivasi Pelajar di Langkawi Kedah. CIQ Training telah dijemput untuk menjayakan Program motivasi pelajar di Langkawi Kedah bersama SMK...

Ceramah motivasi bersama warga Penjara Penor Kuantan Pahang

-Ceramah Motivasi bersama warga Penjara Penor kuantan pahang-  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat anda semua. Kali ini kami masuk penjara pula tau, tetapi bukan sebagai banduan ye, tetapi untuk menyampaikan ceramah motivasi bersama warga Penjara Penor Kuantan...

Ceramah Motivasi bersama Staf Pahang Cement Kuantan Pahang

-Ceramah Motivasi bersama Staf Pahang Cement Kuantan Pahang- Alhamdulillah kami diberi peluang untuk menyampaikan Ceramah motivasi bersama staf Pahang Cement Kuantan Pahang. Program ini berlangsung di Kilang Pahang Cement Sdn Bhd yang terletak di Bukit Sagu Kuantan...

Program Motivasi Pelajar Tingkatan 4 dan 5

-Program Motivasi Pelajar Tingkatan 4 & 5- Program Motivasi Pelajar tingkatan 4 dan 5 SMK Tengku Abdullah Pekan Pahang ini adalah Rentetan daripada Seminar UBAH! bersama pelajar tingkatan 3 pada 05 Januari 2018 yang lalu, Sekali lagi Seminar UBAH! diberi kepercayaan...

Program Motivasi Pelajar Sekolah Indonesia

Program Motivasi Pelajar Seminar Berani UBAH...

Program Motivasi Pemantapan Staf Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Alhamdulillah, Pasukan kami mendapat jemputan...

Program Motivasi UPSR

CIQ Training & Consultancy merupakan sebuah...

Program Motivasi SPM

CIQ Training & Consultancy merupakan sebuah...

Program Motivasi Pelajar SPM

Dengan lafaz Bismillah sebagai pembuka kata....

Ceramah Motivasi Pelajar SMK Badrul Alam Shah Kerteh Terengganu

Ceramah Motivasi bersama Pelajar SMK Badrul Alam...

Program Motivasi Pelajar di Langkawi Kedah

Program Motivasi Pelajar di Langkawi Kedah....

Ceramah motivasi bersama warga Penjara Penor Kuantan Pahang

-Ceramah Motivasi bersama warga Penjara Penor...

Ceramah Motivasi bersama Staf Pahang Cement Kuantan Pahang

-Ceramah Motivasi bersama Staf Pahang Cement...

Program Motivasi Pelajar Tingkatan 4 dan 5

-Program Motivasi Pelajar Tingkatan 4 & 5-...

AKTIVITI KAMI

INFO KAMI?

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :

  • Talian : 0111 026 8346
  • Talian : 019 986 8346
  • Emel :  ciqtraining@gmail.com
  • Personal Message :

CIQ TRAINING & CONSULTANCY adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan Latihan dan Motivasi khusus untuk pembangunan diri, Staff, Pasukan, Pemimpian dan Keluarga. Kami menawarkan beberapa modul Motivasi dan Kepimpinan sesuai untuk semua peringkat usia bermula seawal peringkat Sekolah Rendah sehingga kepada Kakitangan Organisasi seluruh Malaysia. Kami komited untuk membantu melahirkan lebih ramai insan yang bukan sekadar cemerlang akademik tetapi mampu menguasai kecemerlangan secara menyeluruh merangkumi pelbagai aspek iaitu agama, keluarga, sosial, komunikasi dan sebagainya. Kami sebagai Profesional Learning Fascilitator (PLF) adalah pemudahcara anda dalam usaha berkongsi ilmu untuk kemajuan dan kejayaan bersama. Kami tidak mengajar peserta, tetapi kami berkongsi dan belajar bersama-sama peserta untuk memastikan ilmu sentiasa dapat dikembangkan kerana ilmu Allah itu tersangat luas. Kami menawarkan Modul utama iaitu Modul Move On! dan dikuatkan lagi dengan modul Take Charge! yang mana ianya memberi fokus kepada pembangunan diri, kumpulan dan organisasi serta Family Charge! fokus kepada pembangunan keluarga. Kedua-dua modul kami menerapkan proses pembelajaran bukan sahaja melalui ceramah semata-mata, tetapi menggunakan medium-medium lain seperti video, gambar, prop, cerita, aktiviti dan komunikasi 2 hala sebagai usaha untuk memastikan minda peserta sentiasa fokus kepada pembelajaran sepanjang program berlangsung.

Creative, Innovative & Quality (CIQ) menjadi asas utama kepada setiap program yang kami jayakan supaya peserta dapat menimba ilmu dalam suasana santai dan seronok sekaligus dapat membantu peserta menjadi lebih fokus. Diakhir program kami, peserta akan membawa satu matlamat yang jelas untuk terus dilaksanakan sebagai langkah permulaan kepada perubahan yang lebih besar dalam hidup mereka. Perubahan positif peserta sedikit sebanyak dapat memberi kesan kepada Sekolah atau Organisasi.

Motivasi memang tidak dapat dipisahkan dengan orang yang berjaya, tanpa motivasi manusia tidak dapat melakukan perkara yang luar biasa dan hebat. Motivasi juga membuatkan manusia berjaya mencapai keupayaan diri mereka yang sebenar. Kreativiti, Inovasi dan Kualiti adalah elemen-elemen yang perlu ada pada seseorang individu dalam usaha mereka meneroka kejayaan seterusnya menjadi individu yang luar biasa hebat. Inilah kuasa Motivasi. Prinsip kami adalah “Berkongsi Ilmu Untuk Kejayaan Bersama” dan ianya menunjukkan keprihatinan kami terhadap peserta. Kami sedar bahawa setiap peserta mempunyai kekuatan dan kehebatan masing-masing, sesetengah daripada mereka masih belum menyedari akan hakikat ini. Manusia itu sudah diciptakan dengan sebaik-baik ciptaan, tiada alasan untuk mengatakan diri tidak pandai, tidak mampu dan sebagainya. Kami berusaha untuk membantu mereka melonjakkan potensi diri mereka agar mereka menjadi individu yang hebat. Tujuan kami menitikberatkan perkongsian ilmu dikalangan peserta adalah untuk melahirkan lebih ramai individu yang cemerlang bukan sahaja untuk diri mereka tetapi mereka juga gembira melihat rakan mereka cemerlang. Perasaan empati seperti ini akan membina kekuatan dalaman individu selain dapat membina akhlak yang hebat dan berjiwa ummatik iaitu individu yang dapat memberi sumbangan yang besar kepada ummat dan agama.

Motivasi, Motivasi, Motivasi

Ingat Motivasi,

Ingat CIQ TRAINING.

CIQ TRAINING & CONSULTANCY sebahagian daripada penggerak kemajuan dan kecemerlangan Ummah

  • Visi : Menjadi antara peneraju utama dalam melahirkan generasi insan berjiwa ummatik
  • Misi : Membentuk modal insan yang mempunyai pemikiran, akhlak dan tindakan yang sentiasa positif dan hebat

Objektif :

  • Untuk Melahirkan
    • modal insan yang positif dan berjiwa Ummatik
    • modal insan generasi pemikiran kelas pertama
    • kakitangan unggul yang cinta kepada kerjaya
    • Pemimpin yang mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi antara rohani dan jasmani
  • Meningkatkan Pemahaman mengenai fardhu Ain dan fardhu Kifayah
  • Membangkitkan kekuatan yang tersembunyi dalam diri individu dan memanfaatkan kekuatan tersebut untuk pembangunan modal insan yang hebat serta dapat memberi sumbangan yang besar kepada ummat dan agama

PENGALAMAN TRAINER KAMI

KORPORAT

  • Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang
  • Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan, Pahang
  • Pejabat Kesihatan Daerah Rompin, Pahang
  • Bahagian Farmasi Negeri Pahang
  • Pusat Kutipan Zakat Pahang
  • Pejabat Kesihatan Daerah Marang, Terengganu
  • Klinik Kesihatan Beserah, Kuantan, Pahang
  • Telekom Malaysia (TM), Pahang
  • Petronas MTBE Sdn Bhd (Program anak-anak Staf)
  • Persatuan Perubatan Jantung Pahang
  • Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh, Pahang
  • Hospital Daerah Raub, Pahang
  • Kolej Jururawat, Kuantan, Pahang
  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pahang
  • Jabatan Penjara Penor, Kuantan, Pahang
  • Kesatuan Kebangsaan Pen. Peg. Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia
  • Pahang Cement Sdn Bhd, Kuantan, Pahang

SEKOLAH

  • SMK Badrul Alam Shah, Kerteh, Terengganu
  • SMK Ayer Puteh, Kemaman Terengganu
  • SMK Kg Baru, Kemaman, Terengganu
  • SK Pengkalan Tentera, Kuantan, Pahang
  • SMK ( Agama ), Tahap, Jerantut, Pahang
  • SM ( Agama ) Pulau Tawar, Jerantut, Pahang
  • SMK Beserah, Kuantan, Pahang
  • SMK Abdul Rahman Talib (SMART), Kuantan, Pahang
  • Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuantan, Pahang
  • SMK Damak, Jerantut, Pahang
  • SK Merting, Jerantut, Pahang
  • SK Sg. Panching Selatan, Kuantan, Pahang
  • SMK Datuk Undang Abdul Manap (DUAM), Johol, Negeri Sembilan
  • SRA Kafa Balok, Kuantan, Pahang
  • SK Serting Hilir 2 (Felda), Negeri Sembilan
  • SMK Tunku Putra, Langkawi, Kedah
  • Maktab Mahmud Langkawi, Kedah
  • Kaffah Indera Sempurna, Kuantan, Pahang
  • SK Batu 3 Kuantan, Pahang
  • SMK Astana, Kuantan, Pahang
  • MRSM Serting, Negeri Sembilan
  • SMK Cenderawasih, Kuantan, Pahang
  • SMK Tengku Panglima Perang, Kuantan, Pahang
  • SM (Agama) Al Maidah, Padang Tengku, Kuala Lipis
  • Sk Gunong Senyum, Temerloh, Pahang
  • SMK Padang Saujana, Jerantut, Pahang
  • SMK Sungai Retang, Jerantut, Pahang
  • SMK Putrajaya Presint 5(1), Putrajaya
  • SMK Putrajaya Presint 18(1), Putrajaya
  • SK Temin, Jerantut, Pahang
  • SMA Al-Irsyad, Kuantan, Pahang
  • Maahad Tahfiz Darul Anwarul Tanzil
  • SMK Tengku Abdullah, Pekan, Pahang

MASJID / SURAU

  • Masjid SAS Sg Isap Damai, Kuantan, Pahang
  • Surau Balok Pine, Kuantan, Pahang
  • Masjid Fatimah Az- Zahra Indera Sempura, Kuantan, Pahang ( 2 Kali )
  • Masjid Ar Rayyan IM 15, Kuantan, Pahang
  • Masjid Kg Lada, Jerantut, Pahang
  • Masjid Kg Merting, Jerantut, Pahang
  • Surau Al-Mukmin Taman Impianku Kempadang, Kuantan, Pahang
  • Masjid Kg Dato’ Sharif, Kuala Krau, Temerloh, Pahang
  • Surau IM 14
  • Masjid Al-Makmur, Kem Batu 10, Kuantan, Pahang
  • Masjid Pelindung Utama, Pelindung, Kuantan, Pahang

CIQ Training & Consultancy menyediakan beberapa program yang sesuai untuk pelajar Peringkat Universiti, Kolej, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Antara program yang ditawarkan adalah :

  • Program Pemantapan Pemimpin
  • Program Pemantapan Pelajar
  • Program Pemantapan Pasukan
  • Kem Ibadah Pelajar
  • Kem Cuti Sekolah

Jangka masa program adalah seperti berikut :

  • Program 1/2 hari
  • Program 1 hari
  • Program 2 hari
  • Program 2 hari 1 malam
  • Program 3 hari 2 malam

CIQ Training & Consultancy sentiasa membuat promosi-promosi yang menarik. untuk mendapatkan promosi tersebut, ikuti perkembangan kami di Laman web dan Facebook.

CIQ Training & Consultancy menyediakan 3 program khusus untuk syarikat korporat dan jabatan kerajaan :

  • Program Pemantapan Kakitangan
  • Program pemantapan Pasukan
  • Program Pemantapan Keluarga

Jangka masa program seperti berikut :

  • Program 1 hari
  • Program 2 hari
  • Program 2 hari 1 malam
  • Program 3 hari 2 malam

CIQ Training & Consultancy sentiasa membuat promosi dari semasa ke semasa, ikuti perkembangan kami di laman web dan facebook untuk promosi-promosi yang menarik.

Projek terbaru CIQ Care

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengurus CIQ Care di talian 014 505 8368 (Pn. Khadijah)

Coming Soon!

Coming Soon!

Wow!!! bagusnya, bagaimana nak Tempah?

Bagaimana nak dapatkan Proposal dan Sebut harga?

Senang je… anda hanya perlu

Klik butang “How To Order” di bawah sahaja!

Tunggu apa lagi, Klik Sekarang! Promosi hebat menanti anda!