3 Tip Mula Berubah
Dalam hidup, perubahan itu perlu. berubah menjadi lebih baik adalah misi setiap manusia.
Saiyidina Ali ra pernah berkata :
“Barangsiapa yang hari ini sama seperti semalam, Rugi!
Sesiapa yang hari ini lebih teruk dari semalam, Celaka!
Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari semalam, Beruntung!”
Sudah pasti keuntungan menjadi pilihan kita semua. Apa jua perkara yang kita lakukan kita pasti nak untung. Apatah lagi perkara yang melibatkan akhirat, l agilah kita mendambakan keuntungan yang lebih besar.
Selagi langit masih menjadi bumbung, masih belum terlambat untuk kita berubah jadi lebih baik. Bersungguh atau tidak sahaja yang menjadi ukuran kita itu boleh berubah atau tidak. Ilmu menjadi tangga kepada perubahan. Tanpa ilmu manusia tiada beza dengan haiwan yang hidupnya hanya untuk melunaskan keinginan hawa nafsu semata-mata.
3 Tip mula berubah adalah langkah awal buat diri yang mula terasa kerinduan terhadap hidup yang lebih baik. Bagi mereka yang sudah mahu berubah, boleh merencana langkah awal untuk memulakan perjalanan ke destinasi sukses.
3 Tip Mula Berubah :
Pertama – Lepaskan kekuatan diri.
Apabila kita mahu berubah, perkara pertama kena buat adalah naikkan standard diri. Apa kualiti yang ada pada diri kita. kenali potensi yang boleh digilap. Apa yang perlu dilakukan untuk naikkan standard kualiti diri :
- Sedari IMPIAN yang kita Mahu. Contohnya, Menjadi Pelukis Profesional
- Tahu perkara apa yang kita suka. Contohnya, Melukis
- Kita Tahu kepandaian yang kita ada. Contohnya, Kita pandai Melukis
- Tanya kepada orang yang rapat dengan kita.
- Tahu perkara apa yang paling cepat kita belajar. Contohnya, Marketing.
Catatkan setiap maklumat yang diperolehi. Catat dengan teliti, inci demi inci dan garisbawahi point yang penting. Ianya mesti dilakukan agar kita tidak terlepas pandang perkara penting. Jangan pandang enteng impak mencatat maklumat.
Selepas dapat maklumat, maka terus practise, practise, practise tanpa jemu. Kerana kualiti tidak akan meningkat hanya dengan teori dan baca buku semata-mata. Kita perlu terjun ke dalam kolam jika ingin tahu kedalaman sebenar kolam dan kedinginan air kolam tersebut. Jika hanya duduk sahaja ditepi kolam kita tidak akan dapat merasainya sampai bila-bila.
Kedua – Selepas naikkan standard. UBAH KEYAKINAN DIRI.
Yakin pada diri yang kita mampu lakukan perubahan yang boleh membawa kepada kejayaan. Untuk dapat keyakinan diri kita boleh lakukan perkara berikut :
- Yakin Allah sebagai penolong. Jika Allah tolong kita, maka tiada siapa lagi yang dapat kalahkan kita.
- Belajar dengan orang yang sudah berjaya. Tiru cara mereka yang berjaya, Tiruvasi.
- Sentiasa bersedia. Kata pada diri, “Saya yakin saya boleh buat dengan izin Allah”.
- Berlatih selalu. Ianya membantu diri menjadi lebih pakar dalam bidang yang diceburi.
- Bertenang. Tenangkan diri sebelum mula lakukan sesuatu.
Ubahlah keyakinan pada setiap yang membatasi diri. Saat halangan membatasi kita, lepaskan kekusutan dengan naik ke tikar sejadah. Sujudlah sebentar membasahi sejadah pada malam dini memohon ketenangan kepada Allah Taala. Semakin dekat kita pada Allah, keyakinan diri akan semakin utuh. Letakkan tangga pada dinding yang betul agar kita tidak tersesat arah.
Ketiga – Selepas mempunyai keyakinan. UBAH STRATEGI.
Ada satu pepatah cina, “Jika anda melakukan tindakan yang sama, maka anda akan mendapat hasil yang sama.” Maka, strategi yang saya tidak sesekali akan memberi hasil yang berbeza. Ubah strategi untuk hasil yang lebih baik. Usah terus dibayangi dengan strategi lama. Berani ambil risiko untuk sesuatu yang baru. Berkali-kali kita gagal sekalipun, ianya adalah proses pembelajaran yang tiada dalam catatan buku. Tindakan kita menjadi penentu kepada hasil yang bakal diperolehi. Sebelum atur tapak, bina sahulu strategi baik.
Cepat bangkit dari kesulitan dan tidak berlarut membiarkan keresahan bersarang di jiwa. Ubah setiap tindakan yang membuatkan kita lelah tetapi hasilnya tidak seberapa. Usah terperangkap dalam budaya Rat Race, iaitu tikus yang berlari dalam circle. Laju mana pun tikus lari, dia tetap tidak kemana-mana. Usah penatkan diri dengan sesuatu yang tidak memberi bekas.
Mulakan 3 langkah ini sebagai langkah pertama menuju medan kejayaan. Ingat! kejayaan itu bukan percuma, ia memerlukan modal usaha dan pengorbanan yang tinggi untuk menggapainya. Kejayaan yang besar semuanya bermula dengan langkah pertama. Ambil langkah pertama anda sekarang.
Entri sebelum ini – 5 Tip Menempa Kejayaan
Terima kasih kerana membaca artikel ini. Share dengan klik pada button share di Facebook anda.
Like page kami –>> fb.me/CIQTraining
Adakah anda sedang mencari
- Penceramah Motivasi
- Atau Program:
- Latihan & Motivasi untuk syarikat
- Motivasi untuk Pelajar
- Kepimpinan Pelajar
- Kem Motivasi Pelajar
Anda boleh hubungi :
- Talian : 019 986 8346
- Emel : ciqtraining@gmail.com
- Laman web : www.ciqtraining.com
- Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah