Pilih satu Halaman

Assalamualaikum.. Semoga anda berada dalam keadaan sihat dan sukses

Antara cabaran kita untuk melakukan perubahan adalah untuk kekal istiqamah atas perubahan tersebut.

Bagaimana cara untuk kita atasi masalah ini. Hari ini kita semangat melakukan perubahan dan selepas dua tiga minggu kita semakin lemau dalam melakukan perubahan tersebut. Akhirnya kita terus berhenti melakukannya.

Hari ini, saya ingin kongsikan 4 tip kekal istiqamah dalam setiap tindakan yang akan kita lakukan.

Pertama

Kita perlu perbaiki niat atas setiap perubahan kita dengan hanya melakukan hanya kerana Allah Taala. Niat kita adalah cerminan kepada perbuatan yang dilakukan. Jika ianya berunsur kepada kepentingan dunia maka kita akan menemui titik bosan atas tindakan yang kita lakukan. Ini kerana, sifat dunia tiada yang berkekalan.

Kedua

Catatkan setiap kebaikan yang akan kita terima daripada tindakan perubahan tersebut. Ianya adalah sebagai motivasi kepada diri untuk mengejar kebaikan tersebut dengan bersungguh-sungguh melakukan perubahan tersebut.

Ketiga

Catat juga akibat dari kegagalan kita melaksanakan perubahan tersebut dengan baik. Ianya akan menjadi ancaman kepada kita setiap kali kita berasa malas untuk meneruskan perubahan tersebut. Minda kita akan sentiasa beringat akan ancaman tersebut setiap kali kita bacanya.

Keempat

Doa adalah senjata umat islam. Berdoalah banyak-banyak kepada Allah kerana hanya Allah yang membolak-balikkan hati kita samada untuk kekal istiqamah atas setiap tindakan yang kita lakukan. Serahkan hanya kepada Allah, kerana kita insan yang lemah dan tiada upaya untuk memberi bekas.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat buat anda semua.

Zulfikarullah

Share This

Share this post with your friends!