Pilih satu Halaman

Untuk jadi pelajar cemerlang kita perlu ikut cara pelajar yang telah cemerlang. Kejayaan bukan PERCUMA. Ia memerlukan pengeras yang agak tinggi kerana kejayaan ini harganya mahal. ianya hanya layak bagi mereka yang benar-benar ada kesungguhan untuk menggapainya. Semua orang nak berjaya. tapi, tak semua orang berjaya. Tindakan kita menjadi penentu kepada hasil yang akan kita perolehi.

Kali ini saya kongsikan 5 perkara yang pelajar cemerlang lakukan.

1. Tetapkan Matlamat

Pelajar cemerlang, mereka ada matlamat. Apa jua yang mereka lakukan, pasti ada tujuan dan sebabnya. Mereka tidak buat sesuatu secara sembarono begitu. Kenapa anda belajar? Pelajar cemerlang mempunyai jawapan yang spesifik terhadap soalan ini. anda bagaimana? Jika masih blurr, maka mesti cari tujuan utama anda belajar.

Matlamat membantu pelajar fokus kepada pelajaran. Ianya membantu pelajar lebih bersemangat untuk belajar sebab mereka tahu hasil manis yang bakal mereka tuai nanti. Momentum belajar juga akan sentiasa stabil.

Apa akan jadi jika tiada matlamat?

Ada 2 orang pelari yang berlari selama 2 jam. Kedua-duanya letih dan berpeluh. Pelari pertama telah sampai ke destinasi yang hendak dituju. Dia berasa gembira walaupun lelah menggamit diri. Manakala pelari yang kedua masih lagi berada ditempat yang sama. Dia baru sedar bahawa dia sedang berlari diatas treadmill.

Begitu juga nasib pelajar yang pergi sekolah setiap hari tetapi tidak mempunyai matlamat yang jelas. Akhirnya hanya dapat lelah sahaja.

Ketika mahu merancang matlamat, mintalah pendapat orang-orang tua seperti ibu bapa, guru, dan juga rakan-rakan senior.Dan paling utama adalah untuk sujud memohon petunjuk dari Allah Taala melalui solat Istikharah.

2. Urus Jadual Diri

Dalam hidup ini, kita diwajibkan untuk menunaikan solat fardhu 5 kali sehari semalam. Sesungguhnya, solat itu telah ditetapkan waktunya. Jadual solat mesti dipatuhi. Jika tidak, solat kita tidak sah. Rupa-rupanya Allah sudah melatih manusia untuk urus jadual diri melalui solat 5 waktu. Cuba bayangkan, jika Allah tidak meletakkan jadual solat. Nescaya tunggang langganglah solat kita ketika itu.

Seorang pelajar cemerlang, mereka tahu bila waktu untuk belajar, waktu buat kerja sekolah, waktu ulangkaji pelajaran,waktu rehat, waktu bermain, waktu makan,waktu buang masa, dan apa jua rutin yang mereka lakukan mereka sudah rancang dari awal.

Bila ada jadual diri dan bijak urus jadual diri, maka penggunaan masa akan lebik cekap. Fokus belajar juga tidak terganggu. Ini kerana masa 24 jam dapat dimaksimakan penggunaannya sebaik mungkin. Sebelum tidur, catat perkara yang hendak dilakukan pada hari esok. Pelajar yang buat ini, 5 kali lebih berpeluang untuk berjaya.

3. Kerja Keras

Kejayaan bukan percuma. Ia perlu dibayar dengan kerja keras. 90% kejayaan datangnya dari kerja keras. Tanpa kerja keras, sukar untuk tahu akan kerja cerdas. Dan dengan momentum yang ada maka akan lahirlah kerja ikhlas.

Kerja keras adalah usaha demi usaha yang dilakukan tanpa ada rasa jemu dan putus asa. Pelajar cemerlang! bila belajar, dia akan belajar bersungguh-sungguh. Bila bermain, dia akan bermain bersungguh-sungguh. Baginya, apa jua yang dilakukannya mestilah dilakukan sebaik-baiknya. Inilah iltizam seorang pelajar cemerlang.

Ingat! hebat mana pun perancangan dan motivasi yag ada, tanpa kerja keras maka ianya menjadi sia-sia.

4. Rehatkan Diri

Apabila terlalu lama bekerja keras. Mental dan fizikal akan penat. Rasa penat ini, jika tidak diuruskan dengan baik maka ia akan menjadi virus yang akan merosakkan segala perancangan dan usaha yang telah dilakukan. Pelajar akan rasa jemu dan susah untuk terus berjuang.

Ingat! bila badan rasa lelah, kena pause sekejap. Tidak boleh terus paksa diri belajar. Mesin pun kena rehat, jika tidak ia akan meletup. Untuk passtikan momentum pelajar sentiasa stabil, rehat amat diperlukan. Tetapi, jangan banyak rehat dari belajar pula.

Contoh rehat yang diperlukan adalah ketika mana pelajar sedang baca buku atau ulangkaji pelajaran. Selepas 45 minit, pelajar perlu tutup buku dan rehat selama 10 minit. Semasa rehat pelajar boleh main game, makan, tonton video kelakar, tidur atau sembang-sembang. Pastikan aktiviti tersebut adalah aktiviti yang santai. Selepas 10 minit baru sambung kembali. Dengan cara ini, pelajar dapat mengurangkan tekanan belajar dan ianya dapat membantu  pelajar untuk kekalkan fokus.

5. Jaga Ibadah

Ini adalah perkara paling penting bagi seorang pelajar yang mahu cemerlang. Perlu diingatkan, bahawa kejayaan adalah milik Allah Taala. Allah yang bagi kejayaan kepada mana-mana hambaNya. Hebat mana seorang pelajar usaha, jika Allah tak izinkannya berjaya maka dia tidak akan berjaya juga. Jika Allah tolong seseorang itu, maka tiada siapa lagi yang dapat mengalahkannya.

Tujuan manusia dicipta adalah untuk beribadah. Ibadah itu adalah melakukan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Jika kita nak minta sesuatu kepada Allah, maka wajarlah kita mematuhi setiap suruhanNya.

Pelajar cemerlang sentiasa menjaga perhubungan dengan Allah. Pelajar cemerlang jaga solat dengan baik, rajin berdoa dan rajin baca Al-Quran. Apa sahaja yang disuruh oleh Allah, akan dilakukan oleh pelajar cemerlang. Ini penting. Pelajar cemerlang juga takut untuk terjebak dalam kancah maksiat. Tidak kira besar atau kecil dosanya, pasti akan dijauhi oleh pelajar cemerlang. 

Nabi saw pesan, Apabila kita jaga hak Allah maka Allah akan jaga hak kita. Jaga hak Allah itu adalah dengan cara melakukan setiap suruhanNya dan meninggalkan setiap laranganNya.

Ingat! setelah puas kerja keras, naiklah ke ruang solat mencari sejadah. Sujudlah membasahi sejadah memohon keampunan dan memohon kejayaan dari Allah Taala.

Entri sebelum ini – 3 Tip Mula Berubah

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Sila share dengan klik pada button share Facebook dibawah. Terima kasih.

Like page kami –>> fb.me/CIQTraining

Adakah anda sedang mencari 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

Share This

Share this post with your friends!