Pilih satu Halaman

5 Tip Menempa Kejayaan

Semua orang ingin berjaya. Manusia hidup hari ini dengan bekalan keinginan untuk berjaya. Tanya sesiapa sahaja, pasti mereka ingin jadi orang yang berjaya. Kejayaan itu subjektif, setiap orang mempunyai pemahaman dan keinginan yang berbeza berkaitan kejayaan. Apa yang kita fikir, apa yang kita mahu dan apa yang kita buat tidak sama dengan kawan baik kita sekalipun ataupun adik beradik kita.

Nak berjaya bukan semudah makan kacang ye.

Setiap orang memerlukan usaha dan kesungguhan yang jitu. Barulah kejayaan akan singgah dalam tabung kehidupan kita. kali ini saya nak kongsikan 5 tip menempa kejayaan yang saya kategorikan sebagai 5K.

5 Tip Menempa Kejayaan – 5K

Pertama

Keazaman – Kita tahu apa yang kita mahu dan kita tahu jalan mana yang perlu dilalui untuk menuju destinasi kejayaan. biar jelas apa yang dilakukan kerana setiap perbuatan kita bersandarkan kepada niat kita. Keazaman kita ditunggangi oleh niat yang jelas. Contohnya kita berniaga. Sebab apa kita berniaga? Ianya akan memacu azam untuk mencapai misi kita. Kita akan lebih bersungguh jika kita jelas apa yang kita buat.

Kedua

Keberanian – Nak berjaya mesti berani mulakan sesuatu. Kejayaan yang besar bermula dengan langkah pertama. Tanpa langkah pertama membuatkan kita bermimpi disiang hari sahaja. Teroka daerah baru, usah takut mencuba sesuatu kerana pasti ada pembelajaran disebaliknya. Berani mesti digarap dengan ilmu supaya hasilnya tidak mengecewakan.

Ketiga

Ketahanan – Sudahkan apa yang telah kita mulakan. Usah berhenti dipertengahan jalan, nanti terpaksa bermula dari garisan permulaan kembali. Ianya membazirkan masa dan wang ringgit kita. Terus melangkah dan melangkah. Hasilkan keterujaan sepanjang masa biarpun gelombang dan ujian datang bertandang. Jatuh, bangun dan sambung langkah. Penat! berhenti rehat seketika, rehatkan badan, tambah tenaga dan terus pecut laju bak peluru menuju ke garisan kejayaan.

Keempat

Kekuatan – Kekuatan mencakupi aspek fizikal, mental dan rohani. Ianya perlu diselaraskan dengan baik agar dapat menghasilkan gelombang kekuatan yang padu. Kekuatan ini mesti mampu menangani segala rintangan dan cabaran yang melanda. pastikan diri mempunyai stamina dan power sebelum memecut laju menggapai impian.

Kelima

Ketekunan – Teliti dan berhati-hati dalam setiap pekerjaan  akan mengurangi kesilapan. Malah hasil kerjanya lebih bermutu tinggi. fokus ketika buat kerja juga dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Inilah 5K yang menjadi 5 Tip Menempa Kejayaan yang akan membawa kita ke pentas kejayaan. Syaratnya, kita mestilah disiplinkan diri kita untuk istiqamah buat apa yang telah dipelajari. Disiplin yang tinggi sangat dituntut untuk menempa nama di medan kejayaan. Ianya adalah medan untuk orang yang benar-benar dahagakan kejayaan.

Semoga kita semua berjaya mencapai kejayaan yang ditetapkan.

Entri sebelum ini – Bergembira di Aidilfitri sambil mengumpul pahala

Like page kami –>> fb.me/CIQTraining

Terima kasih kerana membaca artikel 5K Tip Menempa Kejayaan

Adakah anda sedang mencari 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

Share This

Share this post with your friends!