Pilih satu Halaman

Sebarang Pertanyaan sila Hubungi Talian 017-317 3203 @ 019-986 8346

Klik Di sini untuk Daftar secara Online

MOTIVASI PELAJAR DAN REMAJA 

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Perkenalkan

Seminar BERANI UBAH! 

 Sebuah seminar yang khusus untuk membantu

Remaja berUBAH

Kenapa Seminar ini

PENTING!

Hampir semua perkara di atas dunia ini BERUBAH. Dan setiap manusia mengharapkan sebuah PERUBAHAN yang lebih baik dalam hidup mereka. Semua orang nak jadi baik sebab fitrah manusia memang diciptakan sebagai makhluk yang terbaik dan manusia juga hanya sukakan perkara-perkara yang baik.

Tetapi disebabkan Hawa Nafsu dan Jati diri yang lemah maka ramai manusia terjebak dengan perkara-perkara yang merugikan diri mereka dan masa hadapan mereka.

Begitu juga perihalnya dengan keadaan remaja mutakhir ini, ramai diantara mereka terjebak dengan perkara-perkara yang merugikan diri dan merosakkan masa hadapan mereka.

Oleh itu, lahirlah Seminar BERANI UBAH! yang dibangunkan khusus untuk membantu memberi kesedaran kepada remaja bahawa pintu PERUBAHAN sentiasa terbuka buat mereka.

Seminar BERANI UBAH! juga membantu remaja untuk melahirkan keinginan untuk melakukan PERUBAHAN dan membimbing mereka memulakan PERUBAHAN pertama dalam hidup mereka agar mereka berjaya menjadi remaja yang hebat.

Perubahan REMAJA menjadi Misi utama Seminar BERANI UBAH!

Anda Buntu mencari Program Motivasi Berimpak Tinggi untuk Anak anda?

Anda Sedang mencari Program Motivasi yang sesuai untuk Anak anda?

Adakah Anak anda sedang menghadapi masalah berikut?

Anak anda kurang Keyakinan Diri?

Anak anda tidak Fokus untuk Belajar?

Anak anda tidak mempunyai Matlamat?

Anak anda kurang Motivasi untuk Belajar?

Anak anda tiada persediaan untuk berjaya?

Anak anda mengabaikan Solat?

Anak anda terlibat dalam kancah Gejala Sosial?

Anak anda menghadapi Masalah Akhlak?

Anak anda tidak berminat untuk Belajar?

Anak anda Gagal?

Kami sedia bantu anak anda untuk memulakan sebuah 

PERUBAHAN

Jika anda benar-benar mahu kami bantu,

anda hanya perlu klik pada butang di bawah

Jika anda masih ragu-ragu untuk membuat tempahan, anda boleh lihat dahulu apa yang anak anda akan perolehi daripada seminar ini. Ianya akan meningkatkan lagi keyakinan anda untuk melakukan tempahan selepas ini, Pilihan di tangan anda.

Melalui seminar ini anak anda akan mempelajari ilmu-ilmu penting berkaitan Perubahan Hidup secara Total

InsyaAllah anak anda akan belajar perkara-perkara berikut

Apakah makna Perubahan kepada seorang Pelajar?

3 Sebab Gagal berUBAH

Formula Paksi Kejayaan

Ya.Re.Re 

Formula B.E.R.A.N.I

untuk mula berUBAH

2 kunci Utama 

untuk lakukan

Perubahan 

5T Kenapa Remaja

Gagal Berubah

Sikap Anak anda

yang Sebenar

Bina IMPIAN 

dengan formula

T.I.M.U.N

 

Teknik kekal

Momentum

Impian

Kepentingan

ADAB 

terhadap perubahan 

Apa pendapat anda?

Adakah ianya dapat membantu anak anda? 

anda mahu lagi?

Demi kepuasan anda dan manfaat anak anda maka

kami tambah lagi dengan ilmu-ilmu berikut

Adab orang

berILMU

Adab berGURU

Tip memilih

TEMAN dan Adab Berteman

Adab dengan

IBU BAPA

Kejayaan anda!

Pilihan @ Nasib?

7 Jalan Orang

Berjaya Berubah

Muhasabah Diri

Teknik memulakan langkah Perubahan Pertama

#BONUS

Saya juga kongsikan PENGALAMAN saya yang pernah NAKAL & GAGAL SPM.

Juga pengalaman pernah terjebak dalam Kancah GEJALA SOSIAL.

Semuanya adalah pengalaman SEBENAR yang saya lalui.

Semoga ianya dapat memberi kesedaran kepada Anak anda.

Berbaloi tak?

kenapa kami amat syorkan Seminar ini kepada anak anda adalah kerana

Seminar ini berbeza dengan program-program lain kerana Modul ini dibangunkan berdasarkan pengalaman sebenar Penceramah yang mula melakukan Perubahan bermula 15 tahun dahulu selepas beliau Gagal dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sepanjang 15 tahun tersebut beliau telah melakukan beberapa perubahan seperti Perubahan Mindset, Perubahan Matlamat, Perubahan Ilmu, Perubahan Akhlak, Perubahan Emosi, Perubahan Rohani, Perubahan Kepercayaaan, Perubahan Keyakinan, Perubahan Usaha, Perubahan Sosial dan beberapa perubahan lain. Pengalaman-pengalaman ini akan dibongkar dan dikongsikan kepada remaja. 

Apa yang menarik untuk anak anda mengikuti seminar ini kerana seminar ini Menggabungkan penggunaan teori dan praktikal secara berkala yang mana ianya akan memberi keseimbangan dan memudahkan anak anda untuk belajar dan menimba Ilmu.

Ilmu tidak disampaikan melalui ceramah biasa-biasa tetapi menggunakan teknik ceramah yang pelbagai seperti Analogi, Metafora, Teknologi Real Time Talk, Storytelling Seronok dan Syahdu serta Komunikasi 2 hala yang akan membuatkan pelajar terpukau  sepanjang program.

Medium lain seperti Permainan, Video, Gambar, Muzik, Aktiviti Kumpulan, Perbincangan, dan lain-lain pendekatan yang sesuai juga diterapkan dan diadun secara santai serta disulami dengan pengertian-pengertian yang penuh makna dan pengajaran.

Ianya menjadi nadi utama kepada perkongsian ilmu dan keseronokan belajar sepanjang program.

Kami sentiasa berusaha untuk memberikan Kualiti yang terbaik melalui Inovasi Penyampaian yang Kreatif dalam setiap Seminar BERANI UBAH! 

Speaker kami

Zulfikarullah

Zolkapeli

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Hai! Saya Zul

InsyaAllah dengan pengalaman yang ada saya akan bantu anak-anak anda untuk sedar bahawa mereka boleh berubah menjadi remaja yang lebih hebat dan cemerlang.

Saya tidak mampu mengubah orang lain, tetapi saya mampu menanamkan benih-benih motivasi dalam diri orang lain untuk mereka menyedari bahawa pentingnya sebuah perubahan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan saya

sila klik pada gambar saya di bawah

Kami berharap dapat membantu lebih ramai remaja di seluruh negara untuk menyedarkan diri mereka bahawa mereka boleh BERUBAH.

Kepuasan anda adalah MATLAMAT kami

Motivasi anak anda adalah 

TANGGUNGJAWAB 

kami

Cita-cita dan Matlamat anak anda adalah 

HARAPAN kami

Ingat 

MOTIVASI 

ingat 

SEMINAR BERANI UBAH! 

Pada pendapat saya program ini amat membantu pelajar untuk mengubah diri bagi menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ia dapat membantu saya dan rakan lain menyedari diri daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Program ini lain daripada yang lain kerana mempunyai keunikan penyampaian ceramah yang berkesan. Kebiasaannya program yang lain tidak seperti program ini yang dapat mengubah seseorang. Teknik penyampaian penceramah juga amat berkesan dan dapat menjadikan sebagai info untuk pengajaran kepada murid-murid.

Nur Qistina Balqis binti Shaiswadi

13 Tahun, SMK Putrajaya Presint 18 (1)

Pada pendapat saya, pengisian program amat berkesan. Memberikan saya sedikit sebanyak ilmu serta menaikkan semangat untuk meneruskan perjuangan di medan sebenar iaitu SPM 2017. Saya juga mampu memotivasikan diri setelah mendengar penyampaian yang penuh berhemah dan berkesan. Akhirnya mampu melihat dan merancang matlamat sebenar.

Teknik penyampaian penceramah yang bagus, sempoi, tidak membosankan walaupun mempunyai lawak jenaka tetapi diselangi dengan pengisian yang bermakna, penting serta menyentuh jiwa. Penceramah juga tidak lupa mengingatkan tentang Sang Pencipta dan memberi pengertian hidup yang sebenar kerana tiada yang sempurna dalam hidup di dunia yang fana ini.

Nurul Syuhadah binti Shahril

17 Tahun, SMK Padang Saujana, Jerantut, Pahang

Penceramah dan program ini sangat bagus dan bermakna kepada saya. Ini adalah satu program yang tidak pernah saya lihat dan saya rasa sangat suka cara encik Zul menyampaikan ceramah kerana ianya sangat berlainan daripada penyampai motivasi yang lain. Dan segala maklumat yang disampaikan penuh bermakna. Alhamdulillah dan terima kasih kerana menaikkan semangat saya untuk terus berusaha mencapai kejayaan dan terima kasih kerana mendoakan kami semua.

Siti Nor Awatif binti Ahmad

17 Tahun, SMK Tunku Putra, Langkawi, Kedah

Pengisian program ini amat menarik dan terbaik kerana dalam pengisiannya terdapat pelbagai nasihat untuk pelbagai tajuk. Bagi saya juga program ini tidak seperti program lain dimana pengisiannya hanya satu topik sahaja namun program ini banyak menyentuh pelbagai topik dan permasalahan-permasalahan yag dihadapi oleh seorang insan yang bergelar pelajar, rakan, murid dan juga anak. Pendapat saya mengenai teknik penyampaian penceramah ialah beliau mampu menggabungkan pelbagai permasalahan-permasalahan yag perlu dibincangkan. Jadi, program ini dapat menyelesaikan permasalahan kami.

Milea Umaira binti Faiz

13 Tahun, MRSM Serting, Negeri Sembilan

Pada pendapat saya, pengisisan yang disampaikan oleh penceramah sangat hebat dan tidak membuatkan saya mengantuk. Banyak perkara yang dapat saya pelajari untuk berubah dan menjadi lebih baik selepas ini. Nilai murni dan pengajaran juga banyak saya perolehi. Penceramah banyak berkongsi mengenai pelbagai teknik yang dapat diguna pakai untuk berubah. Teknik ini sangat berkesan dan tidak sukar untuk dilakukan. Penceramah juga banyak bercerita dan cerita itu memberikan banyak pengajaran. Oleh itu, selepas seminar ini, saya sudah berani untuk berubah untuk menjadi cemerlang.

Teknik penyampaian penceramah amat menarik. Tiada sesiapa yang tidur ketika penceramah berceramah. Tekniknya sangat menarik kerana menggunakan banyak cara seperti penggunaan slaid dan tayangan video. Banyak juga unsur jenaka yang tidak jemu didengar. Kesimpulannya teknik penyampaian penceramah amat bagus dan berpengalaman. Saya doakan agar penceramah akan menjadi lebih hebat dan terkenal.

Muhammad Amirul Hakimbin Zamri

16 Tahun, SM Sains Pokok Sena, Kedah

Tunggu apa lagi, dapatkan Diskaun untuk tempahan secara berkumpulan 4 Orang.

Jimat 50%

Tempah Sekarang!

Klik Butang di bawah

*Nota kaki : Seminar ini tidak mampu UBAH orang lain. Seminar ini hanya menunjukkan jalan perubahan dan berkongsi tip-tip untuk berUBAH agar dapat menimbulkan keinginan dalam diri remaja untuk mula berUBAH. Seminar ini akan menyedarkan remaja bahawa dalam diri mereka ada perkara buruk yang perlu mereka perbaiki. Kami akan tunjukkan sikap buruk yang ada dalam diri remaja melalui aktiviti yang dilakukan.

www.ciqtraining.com/beraniubah