Pilih satu Halaman

-Ceramah Motivasi bersama Staf Pahang Cement Kuantan Pahang-

Alhamdulillah kami diberi peluang untuk menyampaikan Ceramah motivasi bersama staf Pahang Cement Kuantan Pahang. Program ini berlangsung di Kilang Pahang Cement Sdn Bhd yang terletak di Bukit Sagu Kuantan pada tarikh 3hb Mac 2018. Ianya bersempena Majlis Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang. Ini juga merupakan kali pertama kami sampai ke sini walaupun sudah 5 Tahun kami bertapak di Kuantan.

Pengajaran pertama yang kami terima adalah usah percaya Waze 100%. Waze menunjukkan perjalanan memakan masa 45 minit dari Bandar Kuantan dan kenyataannya sejam lebih kami baru tiba termasuklah juga dengan pakej sesat. Kami hampir-hampir terlewat sampai.

Cemerlang Pilihanku!

Sempena Majlis anugerah cemerlang ini, ‘Cemerlang Pilihanku’ merupakan tajuk yang diberi bagi ceramah motivasi bersama staf Pahang Cement Kuantan Pahang ini. Kami kongsikan peranan sikap dalam membentuk seorang pekerja yang cemerlang dan sikap-sikap yang perlu dielakkan oleh seseorang pekerja semasa menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Syukur kepada Allah kerana staf telah memberikan komitmen yang begitu baik sepanjang ceramah dan mereka semua begitu sporting dan mesra sepanjang program.

 

Apa yang seronok sangat tu sampai nak menangis akak ni ketawa? Pemilihan beberapa Punchline digunakan dalam ceramah kami agar ianya dapat mengelakkan peserta berasa bosan dan peserta tidur. Alhamdulillah, tiada peserta yang tidur sepanjang ceramah ini tau. Jika anda ingin merasai pengalaman ini, jemputlah kami ke tempat anda. 

     

Suasana pembelajaran yang begitu menyeronokkan terserlah sepanjang ceramah dan ianya membuatkan kami begitu teruja dan bersemangat untuk terus berkongsi bersama mereka. Inilah antara kelebihan ceramah motivasi yang kami sampaikan. Usaha kami sentiasa bersungguh-sungguh dalam memberikan komitmen agar setiap peserta kami merasai keseronokan sepanjang proses pembelajaran supaya peserta tidak cepat berasa bosan.

Lihat peserta ini begitu bersungguh-sungguh menceritakan pilihan hidup yang perlu dia lakukan jika dia ingin cemerlang dalam hidupnya. Beliau juga dapat memahami dengan jelas apa yang telah dikongsikan tentang pilihan dalam kehidupan. Kita berhak memilih untuk cemerlang, InsyaAllah Allah akan bantu kita.

Rasa-rasa apakah skrip yang sedang penceramah kami katakan kepada amoi ini?? siapa bijak boleh teka.

Kepada anda yang ingin merasai suasana ceramah motivasi yang seronok dan padat dengan ilmu sila layari laman web kami www.ciqtraining.com atau hubungi talian Hotline kami 0111 026 8346 untuk dapatkan info lebih lanjut.

Terima kasih kepada anda semua.

Lagi Aktiviti kami

Adakah anda sedang mencari 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

Share This

Share this post with your friends!