Ceramah Motivasi bersama Pelajar SMK Badrul Alam Shah Kerteh Terengganu
Bulan September Tahun 2013 merupakan langkah pertama CIQ Training & Consultancy terjun dalam bidang Motivasi & Latihan. Ceramah Motivasi bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah Kerteh Terengganu merupakan program sulung CIQ Training & Consultancy.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah Kerteh Terengganu menjadi saksi kepada lahirnya seorang penceramah iaitu Tuan Zulfikarullah bin Zolkapeli. Ceramah Motivasi selama 2 jam ini membantu pelajar supaya bangkit dari tidur yang lena
Ceramah yang berkisar perihal kejayaan dan masa. Saban waktu masa terus berlalu meninggalkan kita, arus masa yang tidak dapat dikekang ini akan berlalu pergi tatkala kita masih dibuai mimpi indah. Bangkitlah dari lena yang panjang. Usah terus hanyut dibuai mimpi kerana kita akan kecewa suatu ketika nanti. Kejayaan tidak menunggu sesiapa, pelajar yang fokus kepada kejayaan akan menghargai masa sebaik-baiknya.
Pelajar produktif sentiasa hargai masa dan mereka gunakan masa untuk manfaat terbaik supaya dapat hasil yang besar.
Ini sebahagian dari renteten perkongsian ceramah motivasi bersama pelajar SMK Badrul Alam Shah Kerteh Terengganu. Ianya digarap hasil dari pengalaman penceramah sendiri yang pernah gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Apabila kita dipatuk ular, makanya lebih baik kita beritahu kepada orang lain berkenaan ular tersebut agar mereka tidak dipatuk ular yang sama. Inilah matlamat ceramah ini, ianya membantu pelajar agar mereka tidak terjerumus dalam lubang kegagalan yang sama. Sesungguhnya, kegagalan itu sungguh perit untuk ditanggung.
Hidup yang singkat ini memerlukan pengorbanan yang besar dalam menggamit kejayaan. Sesungguhnya, kejayaan itu bukan percuma, ia memerlukan kos yang tinggi. Usaha dan Pengorbanan perlu dilabur demi merealisasikan sebuah kejayaan dalam kehidupan. Usah sombong dek kepandaian kalian, kerana kejayaan bukan milik kita tetapi ainya adalah milik Allah SWT. Sentiasalah bersyukur jika kita dikurniakan kepandaian. Bantu orang yang lemah.
Pengalaman Penuh Pengajaran
Begitulah sedikit sebanyak motivasi yang dilontarkan kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah Kerteh Terengganu. Pengalaman ini memang sentiasa menusuk sanubari kerana tanpa pengalaman yang pertama siapalah kita dimasa hadapan.
Apa yang best tentang ceramah ini adalah, hasil yang disampaikan ketika ceramah adalah total berbeza dengan apa yang dirancang. Maklumlah, pertama kali penceramah naik stage. Inilah pengalaman redah dan langgar yang telah memberi seribu pengajaran.
Adakah anda sedang mencari
- Penceramah Motivasi
- Atau Program:
- Latihan & Motivasi untuk syarikat
- Motivasi untuk Pelajar
- Kepimpinan Pelajar
- Kem Motivasi Pelajar
Anda boleh hubungi :
- Talian : 019 986 8346
- Emel : ciqtraining@gmail.com
- Laman web : www.ciqtraining.com
- Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah