Pilih satu Halaman

-Ceramah Motivasi Pelajar-

 

Alhamdulillah, sekali lagi CIQ Training & Consultancy diberi peluang untuk menyampaikan ceramah Motivasi kepada pelajar SMK Astana, Kuantan, Pahang. Kali ini Sempena program Aku Janji pelajar tingkatan 5 & 6 SMK Astana, Kuantan pada tarikh 13 Februari 2018, Master Trainer CIQ Training & Consultancy iaitu En. Zulfikarullah telah menyampaikan ceramah Motivasi yang begitu bersemangat untuk membantu meningkatkan semangat pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting pada tahun ini.

Tahniah juga diucapkan kepada Ibu Bapa yang berjaya hadir pada program ini, sokongan daripada Ibu Bapa begitu penting sekali bagi meningkatkan semangat anak-anak untuk terus menuntut ilmu agar mereka berjaya menjadi manusia yang berguna. Ibu Bapa juga begitu sporting sepanjang program berlangsung dan ini membuatkan program lebih berseri. Kehadiran Ibu Bapa ini juga membuatkan pelajar berasa lebih gembira.

Dalam ceramah ini, En. Zul memberi penekanan kepada keinginan pelajar itu sendiri yang mahu atau tidak untuk berjaya. Pelajar perlu MAHU dan TAHU apa yang mereka perlukan. selain itu, Impian @ Matlamat menjadi nadi kejayaan bagi seseorang pelajar selain komitmen sikap yang baik menjadi peneraju kepada kecemerlangan seseorang pelajar. Pembelajaran berlangsung dengan disulami dengan aktiviti-aktiviti ringkas yang berupaya untuk mengekalkan fokus dan perhatian pelajar sehingga akhir program. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan komitmen yang baik sepanjang program. Penceramah seronok, cikgu gembira, Ibu Bapa puas hati dan Pelajar dapat Ilmu.

Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Cikgu Jamzi yang merupakan Guru Bimbingan dan Kaunseling Pelajar kerana terus memberikan kepercayaan kepada pihak kami untuk terus memotivasikan pelajar-pelajar SMK Astana, Kuantan. Semoga ukhwah ini berterusan untuk kebaikan lebih ramai pelajar di masa hadapan.

Lagi Aktiviti kami

Adakah anda sedang mencariĀ 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

Share This

Share this post with your friends!