Pilih satu Halaman

-Ceramah Motivasi Pelajar UPSR bersama Ibu Bapa-

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tanggal 9hb Mac 2018 jam 8.00pm kami telah sampai di Sekolah Kebangsaan Temin Jerantut Pahang untuk menyampaikan ceramah motivasi pelajar UPSR bersama Ibu Bapa SK Temin Jerantut Pahang.

Kami agak keberatan untuk menerima jemputan Cikgu Norman pada mulanya kerana keesokan paginya kami telah dijemput untuk menyampaikan Ceramah Motivasi Di Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad Kuantan Pahang. Tetapi atas harapan yang menggunung daripada pihak sekolah yang tetap mahu pihak kami mengisi slot tersebut, maka kami usahakan juga untuk memberi yang terbaik.

Kami tiba di Jerantut pada jam 6 petang, selepas minum petang kami terus menuju ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan selepas itu terus menuju ke sekolah Kebangsaan Temin.

Ketibaan kami disambut oleh guru dan wakil PIBG dan mereka juga telah menyediakan hidangan makan malam. Mereka semua begitu mesra.

Usai sahaja makan, maka kami terus menyampaikan amanah dan motivasi kepada pelajar-pelajar dan juga buat ibu bapa kerana hubungan ibu bapa dan anak begitu penting jika ingin melahirkan anak yang cemerlang dunia dan akhirat.

Alhamdulillah, program tersebut berjalan dengan lancar serta diiringi dengan gelak ketawa dan linangan air mata dari pelajar dan ibu bapa. ini menunjukkan yang mereka begitu fokus dan bersungguh-sungguh ingin berjaya dalam kehidupan mereka.

Pelajar-pelajar ini begitu bersungguh-sungguh mengikuti setiap aktiviti yang dilakukan sehinggakan penceramah hampir-hampir jatuh dilanggar oleh 4 orang pelajar yang begitu bersemangat sekali.

Dahla badan mereka besar, kalau dihempapnya penceramah kami maka hilanglah kami seorang penceramah yang berkaliber.

Habis sahaja program, kami terus memecut pulang ke Kuantan kerana keesokan paginya kami mempunyai tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan dengan terbaik. Semoga kami sampai lagi ke bumi sekolah ini di masa hadapan.

Jika ingin mendapatkan khidmat penceramah motivasi boleh layari laman web kami www.ciqtraining.com atau hubungi Hotline kami 0111 026 8346 untuk mendapatkan maklumat terkini. semoga kita berjumpa di alam nyata.

Bye Bye semua..

Lagi Aktiviti kami

Adakah anda sedang mencariĀ 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

Share This

Share this post with your friends!