Pilih satu Halaman

-Motivasi! Sedikit Tetapi Sampai- Kunci Bahagia 1

Kunci bahagia 1 akan dikupas melalui kata-kata tersebut: “Manusia tidak akan dapat lari daripada melakukan kebaikan kerana kita bukan Syaitan.”

Benar, jahat-jahat manusia pasti akan ada kebaikan dalam dirinya. Ini kerana Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik ciptaan. Ciptaan yang terbaik, tetapi manusia yang memilih untuk jadi tidak baik. sebab itu manusia tidak memperolehi kunci bahagia 2 ini.

Apabila kita melakukan kebaikan ada syarat yang perlu dipatuhi jika kita ingin bahagia. Kunci bahagia 1 adalah IKHLAS.

Setiap kebaikan yang ikhlas sahaja diterima oleh Allah s.w.t. 

Contohnya, apabila seseorang itu memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dengan harapan untuk mendapat pujian dan gelaran dermawan maka dia hanya terima pujian dan gelaran semata-mata. Dia hanya dapat ganjaran di dunia sahaja mengikut apa yang dia niatkan. Manakala seseorang yang melakukan kebaikan kerana Allah, maka diakhirat kelak dia akan menerima ganjaran yang berlipat kali ganda dan di dunia juga dia mendapat ganjaran.

Apabila seseorang itu ikhlas maka hatinya akan gembira dan tenang. Ketika ini dia sudah mempunyai kunci bahagia 1.

Apa itu Ikhlas dan bagaimana ingin ikhlas dalam kebaikan?

Ikhlas adalah buat apa sahaja hanya kerana Allah s.w.t.

Setiap kali dalam solat kita akan baca “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah”. Ini untuk mengukuhkan keyakinan dan kesungguhan kita untuk menjadi manusia yag ikhlas. Ada orang hanya baca sahaja tetapi tidak memahami maknanya, sebab itu ia tidak mengerti. Berusahalah untuk memahami setiap bacaan dalam solat kita.

Ada pepatah mengatakan “Ikhlas itu umpama semut hitam, diatas batu yang bewarna hitam, dimalam yang gelap gelita”. emang tidak nampaklah semut tersebut jika dicari dengan mata kasar kita. Ini menunjukkan hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu samada seseorang itu benar-benar ikhlas atau tidak.

Bagaimana untuk Ikhlas?

Pertamanya, kita perlu memohon bersungguh-sungguh daripada Allah agar memberi kita kekuatan untuk melakukan setiap amalan dan pekerjaan dengan ikhlas. Ini kerana, syaitan akan sentiasa menyerang kita dari pelbagai penjuru untuk menyesatkan kita. 

Kenapa perlu pertolongan Allah untuk ikhlas? 

Untuk mendapat ikhlas kita memerlukan pertolongan Allah sebab kita tidak mampu melawan syaitan dengan kekuatan kita. Kita perlu kepada Allah untuk melindungi kita daripada syaitan sebagaimana firman Allah :

“Dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah (dengan membaca ta’awwuz), sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui.” (QS Al-A’raf 7: 200)

Tip Kedua untuk ikhlas adalah : Lakukan! Lupakan! 

Setiap kali kita buat kebaikan maka lupakan. Usah mengharap ucapan terima kasih ataupun pujian daripada orang lain atas kebaikan yag kita lakukan. Kita perlu yakin bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan Allah nampak dan Allah beri ganjaran. Makhluk tidak memberi kesan pun kepada kita.

“Ya Allah, kurniakanlah keikhlasan kepadaku dalam aku menyempurnakan setiap amalan dan pekerjaanku.”

Motivasi anda tanggungjawab kami

Biar sedikit tetapi sampai

Entri sebelum ini – Kunci Bahagia

Terima kasih kerana membaca Kunci Bahagia 1

 

Adakah anda sedang mencari 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

Share This

Share this post with your friends!