Pilih satu Halaman

Motivasi! Sedikit tetapi sampaiKunci Bahagia 3

Kunci bahagia 3 akan dikupas melalui kata tersebut: “Manusia sentiasa akan mendapat nikmat kerana nikmat itu dari Allah Taala.”

Tatkala seseorang manusia memperolehi kenikmatan atas dunia ini maka kunci bahagia 3 ini adalah syukur. Apabila manusia sentiasa mensyukuri nikmat yang diterima, mereka akan sentiasa rasa gembira dan bahagia. Untuk mendapat bahagia maka sentiasalah menjadi manusia yang bersyukur.

Apa itu syukur? kita biasa mendengar ungkapan ini dan kita juga biasa menyebutnya. Tetapi untuk mengamalkannya dalam kehidupan kita agak mencabar kerana kita manusia yang lemah.

Syukur itu bermula apabila seseorang mearasakan setiap nikmat yang diperolehi semuanya datang dari Allah Taala. Kemudian dia menjadi lebih taat kepada setiap suruhan Allah dan meninggalkan setiap larangan Allah. Inilah asas untuk menjadi manusia yang bersyukur.

Orang yang bersyukur adalah orang yang sentiasa beruntung kerana Allah berfirman yang bermaksud :

“… Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” QS Ibrahim 14 : 7

Allah beritahu kepada kita apabila kita bersyukur maka Allah akan tambah lagi nikmatNya. Ini bermaksud semakin banyak kita bersyukur maka semakin banyak nikmat yang akan kita perolehi. Semakin banyak nikmat kita perolehi maka semakin bahagia hidup kita.

Syukur itu melalui 3 cara :

  1. Hati
  2. Lidah
  3. Perbuatan

Orang yang bersyukur:

Hatinya sentiasa ingat Allah

Lidahnya tidak kering dari menyebut nama Allah dan perkara-perkara yang baik sahaja.

Sentiasa melakukan perbuatan yang disukai Allah

Menurut Sheikh Abdul Qadir dalam kita penawar bagi hati, sesungguhnya syukur itu terhimpun daripada 3 perkara iaitu :

  1. Ilmu
  2. Sikap
  3. Pekerjaan

Untuk bersyukur seseorang itu perlulah mempunyai ilmu. Ilmu perlu belajar dari guru yang mursyid agar kita tidak tersesat. Dengan ilmu maka kita akan mengetahui bahawasanya setiap nikmat itu datangnya dari Allah Taala.

Sikap yang baik menjadi peneraju kepada lahirnya perasaan syukur dalam diri seseorang itu. Orang yang berakhlak baik akan sentiasa melihat sesuatu perkara itu telah ditakdirkan oleh Allah Taala dan makhluk itu hanya menjadi penyebab sahaja.

Syukur terzahir apabila setiap pekerjaan yang dilakukan adalah tidak bertentangan dengan syarak. Contohnya kita menggunakan mata untuk melihat al-Quran dan Hadis.

Kunci bahagia 3 adalah syukur. Sentiasalah kita bersyukur kepada Allah jika ingin hidup yang bahagia.

Entri sebelum ini – Kunci bahagia 2

Terima kasih kerana membaca Kunci bahagia 1

Adakah anda sedang mencariĀ 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

Share This

Share this post with your friends!