Pilih satu Halaman

Motivasi! Sedikit tetapi sampai- Kunci Bahagia 4

Kunci bahagia 4 akan dikupas berdasarkan kata-kata tersebut: “Manusia tidak akan terlepas dari musibah kerana kita adalah hamba.”

Sesuai dengan status kita sebagai hamba maka kita sudah pasti akan diuji dengan sedikit kesusahan mengikut kemampuan kita.

Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan dengan apa yang terdaya olehnya..” QS Al-Baqarah 2:286

Kenapa pula kita diuji dengan kesusahan ini?

Allah sebutkan dalam al-Quran yang bermaksud:

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” QS Al-Ankabut 29:2

Rupa-rupanya kita diuji oleh Allah kerana Allah ingin angkat darjat kita disisi Allah. Bersyukurlah saat kita diuji oleh Allah.

Apa yang perlu kita lakukan untuk dapat bahagia?

Ketika saat kita diuji dengan kesusahan dan kesukaran, maka kunci bahagia 4 adalah Sabar. Dengan sabar maka kita akan redha dengan ujian Allah. Apabila kita redha maka kita akan bahagia setiap kali kita diuji kerana kita tahu hakikat sebenar kita diuji.

Apakah itu Sabar?

Menurut Sheikh Abdul Qadir dalam kitab Penawar Bagi Hati:

Sabar itu adalah menahan diri daripada marah atas sesuatu yang tidak kita sukai, dan menahan lidah daripada mengadu kepada yang lain daripada Allah Taala.

Berkata Al-Imam Ghazali di dalam kitab Al-Arba’in :

Bermula hakikat sabar itu tetap yang membangkitkan akan agama pada melawan akan yang membangkitkan keinginan nafsu, kerana manusia padanya dua puak tentera yang berlawan iaitu :

  1. Akal
  2. Nafsu Syahwat

Sabar juga diperlukan dalam urusan ibadah dan urusan mengelakkan maksiat. jika kita tidak sabar maka susah untuk kita dirikan solat dengan kusyuk. Begitu juga dengan maksiat, jika kita tidak sabar maka kita akan lakukan segala maksiat atas muka bumi ini.

Kenapa perlu sabar?

Allah sebutkan dalam al-Quran yang bermaksud :

“… dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” QS Al-Anfal 8:46

Allah sentiasa bersama orang yang sabar dan beruntunglah diri kita apabila kita sentiasa istiqamah atas jalan sabar. Apabila Allah bersama kita maka hidup kita akan bahagia. Sebab itu kita perlu hidup atas dunia ini dengan penuh kesabaran.

4 bahagian sabar:

Bahagian pertama :

Mengerjakan taat. Kita perlu sabar dalam usaha mengerjakan taat dalam ibadah seperti solat, membaca al-Quran, berzikir, sedekah dan sebagainya. Orang yang tidak sabar akan berdepan dengan kesukaran dalam mengerjakan ibadah kepada Allah Taala. Jika mereka melakukannya juga maka mereka tidak dapat buat dengan bai

Bahagian kedua :

Meninggalkan maksiat. Sabar daripada maksiat ini lebih sukar berbanding sabar dalam melakukan ketaatan. Dunia ini merupakan syurga bagi orang kafir dan neraka bagi orang mukmin. Sebagai orang mukmin, menahan diri daripada melakukan maksiat begitu mencabar kerana adanya tentera hawa nafsu dan syaitan yang tidak jemu-jemu berusaha untuk menyesatkan diri kita.

Bahagian ketiga :

Sabar ketika diri disakiti oleh orang lain dengan tidak membalasnya. Contohnya, ada orang datang maki kita atas perkara yang tidak kita lakukan. Dan saat kita dimaki, kita tidak langsung membalasnya kerana kita sabar. Ini pun agak susah untuk dipraktikkan dalam kehidupan kita.

Bahagian keempat :

Sabar ketika saat kita kehilangan sesuatu seperti kehilangan orang tersayang atau kehilangan harta benda. Kita tidak cepat hilang kawalan diri ketika saat diri diuji dengan kehilangan benda yang kita sayang terutamanya ahli keluarga.

Kunci bahagia 4 iaitu sabar merupakan pelengkap kepada 4 kunci bahagia yang perlu dilakukan oleh seseorang ketika mana dia dambakan kehidupan yang bahagia.

Sesungguhnya bahagia itu datangnya dari Allah dan kepadaNya jua kita memohon untuk perolehi hidup yang bahagia.

Entri sebelum ini – Kunci bahagia 3

Terima kasih kerana membaca artikel Kunci bahagia 4

 

Adakah anda sedang mencari 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

Share This

Share this post with your friends!