Pilih satu Halaman

-Motivasi! Sedikit Tetapi Sampai- Kunci Bahagi

Semua manusia nak bahagia. Orang kaya nak bahagia, orang miskin nak bahagia, orang dalam penjara nak bahagia, orang dalam hospital pun nak bahagia dan semua orang nak bahagia. 

Tetapi adakah semua orang bahagia? Hari ini ramai orang yang masih tercari-cari akan kebahagiaan yang didambakan. Kita lihat orang yang kaya. Mereka ada duit yang banyak, kereta banyak, perniagaan yang maju tetapi hidup mereka tidak juga bahagia. Kadang-kadang kita sangka wang ringgit mampu memberi kebahagiaan. Tetapi sangkaan itu meleset apabila kita mula mempunyai wang yang banyak tetapi hidup kita masih lagi belum bahagia. Ini menunjukkan bahawa wang ringgit tidak dapat memberi kebahagiaan.

Ada orang sangka bila berkahwin dan mempunyai anak akan membuatkan hidup bahagia. Tetapi, apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak, lagi banyak pula masalah yang menimpa. Ini bermakna keluarga juga tidak dapat memberi kebahagiaan. Macam mana nak bahagia ni??

Bahagia itu datangnya dari Allah. Sebagai seorang hamba kita perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Kita perlu faham tujuan utama kita diciptakan terlebih dahulu.

Allah sebutkan dalam al-Quran yang bermaksud

“Tidak Ku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”  QS Adz-Zariyat : 56

Apa makna Ibadah?

Ibadah adalah melakukan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Jadi sebagai hamba yang nak bahagia maka kita perlu mengetahui terlebih dahulu apa yang disuruh oleh Allah dan apa yang dilarang oleh Allah. Bila sudah tahu, maka kita perlu ikut tanpa ada sedikit perasaan prasangka. Kerana yang memberi bahagia itu adalah Allah.

Bagaimana jalan bahagia yang harus kita tempohi? Apa yang penting adalah untuk kita memahami fitrah ciptaan manusia terlebih dahulu sebelum kita memahami jalan bahagia.

Apa yang perlu kita ketahui bahawa sesungguhnya kita sebagai manusia tidak akan terlepas dari 4 perkara tersebut :

  1. tidak akan dapat lari dari melakukan kebaikan kerana kita bukan syaitan.
  2. Kita tidak akan dapat lari dari melakukan kesilapan kerana kita bukan Malaikat.
  3. akan merasai nikmat kerana nikmat itu adalah kurniaan Allah s.w.t.
  4. Kita tidak akan terlepas dari kesusahan kerana kita adalah hamba. 

Bersambung.. Lihat Artikel 

Motivasi anda Tanggungjawab kami

Biar sedikit tetapi sampai!

Entri sebelum ini – Makanan bagi Hati

Terima kasih kerana membaca Kunci Bahagia

Adakah anda sedang mencari 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

Share This

Share this post with your friends!