Pilih satu Halaman

-Motivasi! Sedikit tetapi Sampai-

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Sedikit motivasi buat tatapan sesiapa yang melayari laman web ini, semoga ianya dapat memberi manfaat buat kita semua. Hati adalah raja bagi segala anggota badan kita yang mana dalam sebuah hadis Nabi saw ada menyebutkan

“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging, Jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggota badannya dan jika buruk daging itu maka akan buruklah seluruh anggota badannya. Sesungguhnya daging tersebut adalah HATI.”                                                                                                                                              (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ulamak mengkategorikan hati manusia terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

Hati Baik – Qalbun Salim

Hati yang baik adalah hati yang bersih, suci dan bebas daripada gangguan yang boelh menghalang manusia daripada melaksanakan perintah Allah s.w.t. ketika mana manusia dikurniakan hati yang baik maka ketika itu dia akan berasa ringan untuk melakukan ibadah dan berasa takut untuk buat maksiat. Sentiasalah berdoa memohon kepada Allah agar kita dikurniakan hati yang baik

Hati Sakit – Qalbun Maridh

Hati yang sakit ini masih lagi ada kehidupan dan harapan. Orang yang hatinya sedang sakit, kadang-kadang dia buat kebaikan dan dalam masa yang sama juga dia ada juga melakukan maksiat. Hati ini kadang-kadang mengikut Iman dan kadang-kadang mengikut hawa nafsu. Orang yang hatinya sedang sakit perlu sentiasa berusaha untuk bersihkan hatinya.

Hati Mati – Qalbun Mayyit

Hati ini sudah ditutup rapat oleh Allah s.w.t. dan orang yang hatinya telah mati maka dia akan berasa senang dalam maksiat dan dia tidak ada rasa bersalah malah dia berasa bangga dengan dosa-dosa yang sedang dilakukan olehnya. Manusia jenis ini telah menjadi sekutu kepada nafsu dan syaitan.

Sebagai hamba, kita perlu sentiasa memohon kepada Allah s.w.t agar diberikan hati yang baik. Kita juga berharap agar Allah sentiasa merahmati hidup kita di dunia dan akhirat kelak. Jagalah hati kita baik-baik. Selagi kita ada peluang untuk baiki hati kita maka manfaatkan sebaik-baiknya sebelum peluang ini tertutup rapat. Nanti kita akan menyesal.

 

Adakah anda sedang mencari 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

Share This

Share this post with your friends!