-Program Motivasi bersama Pelajar Maahad Tahfiz-
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, kali ini kami ingin kongsikan pengalaman kami CIQ Training & Consultancy bersama pelajar-pelajar hebat dari Maahad Tahfiz Anwarul Tanzil Al-Othmaniah Kuantan Pahang. Ini merupakan satu sesi yang agak istimewa bersama-sama dengan anak-anak syurga yang terpilih. Sejuk je hati tatkala bersama-sama dengan mereka.
Program Motivasi bersama pelajar Tahfiz ini berlangsung pada 13 Februari 2018. Ianya merupakan program pertama kali CIQ Training bersama pelajar Tahfiz. Selama 1/2 hari bersama mereka, pelbagai-bagai aktiviti dilakukan sebagai proses pembelajaran. Seminar UBAH! atau kini dikenali sebagai Seminar Berani berUBAH! menyediakan pelbagai cara dan aktiviti dalam usaha memindahkan ilmu kepada pelajar-pelajar.
Program motivasi bersama pelajar tahfiz ini telah membakar semangat pelajar. Pelajar begitu teruja kerana majoriti pelajarĀ baru pertamakali mengikuti program sebegini. Kami juga berasa begitu teruja untuk berkongsi dengan pelajar-pelajar ini sehingga kami telah mengubahsuai modul ini agar ianya lebih bersesuaian dengan persekitaran dan amalan mereka. Banyak perkara kami belajar sepanjang bersama dengan mereka. Kehidupan ini merupakan proses pembelajaran bagi orang yang berfikir.
Alhamdulillah, pengalaman ini begitu bermakna buat kami dan kami berharap ianya dapat menjadi sebahagiaan daripada sumbangan kami untuk melahirkan anak yang menghafaz Al-Quran. Kami nak hafal Al-Quran memang tak mampu dah, jadi inilah sahaja sedikit usaha kami untuk membantu. Semoga anak-anak kami juga diberi kekuatan untuk menjadi seperti mereka dan kami sentiasa mendoakan kejayaan mereka di dunia dan akhirat.
Adakah anda sedang mencariĀ
- Penceramah Motivasi
- Atau Program:
- Latihan & Motivasi untuk syarikat
- Motivasi untuk Pelajar
- Kepimpinan Pelajar
- Kem Motivasi Pelajar
Anda boleh hubungi :
- Talian : 019 986 8346
- Emel : ciqtraining@gmail.com
- Laman web : www.ciqtraining.com
- Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah