Pilih satu Halaman

-Program Motivasi Pelajar-

Alhamdulillah CIQ Training & Consultancy telah dijemput untuk menjayakan Program Motivasi pelajar SMK Tengku Abdullah Pekan Pahang bersama pelajar tingkatan 3 pada 05 Januari 2018 hari Jumaat. Program Motivasi Pelajar ini bermula jam 8.30am selepas majlis bacaan Yassin dan tamat pada Jam 12.15pm. Program Motivasi Pelajar @ Seminar UBAH! ini diadakan di Dewan makan Asrama dan telah dihadiri oleh seramai 175 pelajar tingkatan 3. Program ini disampaikan oleh En. Zulfikarullah bin Zolkapeli.


 
Program Motivasi Pelajar SMK Tengku Abdullah Pekan Pahang ini telah berlangsung selama 4 jam. Pelajar mengikuti Program Motivasi Pelajar @ Seminar UBAH! ini dengan begitu tekun sekali. Pelajar telah mempelajari bagaimana untuk berubah menjadi pelajar yang lebih baik. Antara perkara yang dipelajari oleh pelajar adalah

Kenapa perlu berubah?

2 Elemen penting perubahan

5S cabaran untuk berubah 

3K Halangan untuk berubah

Dan banyak lagi.

Program Motivasi ini fokus kepada 3A iaitu Agama. Akhlak dan Akademik. Program Motivasi Pelajar @ Seminar UBAH! ini khusus untuk menjadi ejen perubahan kepada pelajar agar dapat bantu pelajar untuk berubah menjadi lebih hebat di dunia dan akhirat.

Program Motivasi Pelajar @ Seminar UBAH! ini juga memberi kesedaran kepada pelajar mengenai tujuan sebenar kehidupan sebagai seorang pelajar dan membina paradigma pelajar cemerlang dari segi pencapaian akademik dan sahsiah pelajar.

Alhamdulillah, pelajar-pelajar semua dapat belajar dalam suasana yang menghiburkan dan pelajar-pelajar semua juga sporting dan menjadikan program motivasi pelajar ini lebih havoc dan teruja. Diharapkan kami dapat kembali berkongsi ilmu disini suatu hari nanti. Semoga pelajar-pelajar cemerlang dalam apa jua bidang yang mereka ceburi dan dapat berbakti kepada orang lain.

Motivasi anda! Tanggungjawab kami!

Lagi Aktiviti kami

Adakah anda sedang mencari 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

Share This

Share this post with your friends!