Pilih satu Halaman

Dengan lafaz Bismillah sebagai pembuka kata. Semoga yang sedang membaca ini diberikan kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Jumlah pelajar SPM tahun 2017

Tahun 2017 seramai 443,883 calon telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tahun 2018 saya kami masih tidak memperolehi datanya.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan cabaran pertama bagi seorang pelajar mula melakar coretan kehidupan mereka. Disinilah bermulanya langkah. Sebuah langkah pertama yang mengorak menuju ke puncak kegemilangan.

Hari ini ramai pelajar yang masih leka dan tidak peka terhadap kepentingan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka tidak fikir akan kekalutan yang bakal mereka tempuhi andai mereka gagal dalam peperiksaan tersebut. Dan Mereka masih lagi lena dibuai mimpi indah.

Mereka sangka hidup ini senang seperti makan kacang sahaja. lebih mengerohkan keadaan apabila budaya ibu bapa yang terlalu memanjakan anak sehingga anak jadi lembik. Langsung tidak pandai urus tadbir diri. Semua perkara tidak pandai lakukan seperti basuh baju, gosok baju, basuh kasut, lipat baju, memasak dan sebagainya. Apa yang mereka tahu hanya gadjet, game dan buang masa bersama rakan-rakan.  

Bayangkan apa akan terjadi kepada mereka 10 tahun mendatang. Bagaimana mereka ingin mengharungi badai kehidupan yang menggila andai hanya bersampankan rakit buluh.

Ini adalah masalah besar yang sedang dihadapi oleh ramai pelajar mutakhir ini. Bagaimana kita ingin membantu mereka? Antara bantuan yang boleh dihulur adalah memberi bimbingan dan motivasi kepada mereka melalui program motivasi pelajar spm.

Program Motivasi Pelajar SPM

Program Motivasi Pelajar SPM yang dibangunkan oleh CIQ Training & Consultancy antara medium yang tersedia untuk membantu pelajar-pelajar sekolah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dan Program Motivasi Pelajar SPM ini memberi penekanan khusus kepada pembangunan Matlamat Pelajar, Akhlak dan Spiritual agar mereka dapat membina tapak  kejayaan yang kukuh sebelum mereka mula membina mahligai kejayaan. Melalui seminar berani berUBAH! pelajar diberi dorongan untuk berubah menjadi lebih baik dan lebih cemerlang.

Pelajar diajak untuk melihat dunia dari pandangan KLCC bukan dari pandangan kampung Beserah. Apabila pandangan mata terbuka, kesedaran diri akan timbul berkat terasa betapa kerdilnya diri. Ketika itu, pelajar akan mula dipasak dengan pembentukan matlamat hidup atau BIG WHY? kenapa mereka belajar. Ini adalah sedikit ilmu yang akan pelajar belajar dalam Program Motivasi Pelajar SPM menggunakan modul berani berUBAH!

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut serta menempah Program Motivasi Pelajar SPM seminar berani berUBAH! ini, boleh layari laman web berikut :

www.ciqtraining.com/ubah

atau hubungi talian 019 986 8346 / 011 1026 8346

 

Adakah anda sedang mencari 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

Share This

Share this post with your friends!