Pilih satu Halaman

CIQ Training & Consultancy merupakan sebuah syarikat perunding latihan dan motivasi pelajar bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kami sedia berkhidmat untuk seluruh sekolah di Malaysia.

Pelajar UPSR hari ini mengalami beberapa masalah yang membantutkan usaha mereka untuk berjaya. Mengikut pengalaman kami berprogram bersama pelajar-pelajar, kami dapati beberapa masalah serius yang sedang dialami oleh ramai pelajar mutakhir ini.

3 Masalah utama pelajar mutakhir ini :

  1. Pelajar tidak mempunyai matlamat yang jelas mengapa mereka belajar dan mengapa mereka hidup
  2. Akhlak menjadi masalah baik dari golongan pelajar kelas belakang mahupun pelajar kelas hadapan
  3. Spiritual pelajar lemah. Pelajar tidak menjaga solat dan aurat dengan baik

Masalah ini menyebabkan pelajar menjadi leka dan tidak peka dengan kehidupan dan masa hadapan mereka.

Seminar berani berUBAH! merupakan sebuah modul yang dapat membantu pembangunan sahsiah pelajar dengan mengaplikasikan konsep pembelajaran yang santai dan menghiburkan, tetapi padat dengan maklumat dan ilmu. Ianya dapat membantu pelajar untuk lebih fokus dan sedar perihal cabaran kehidupan yang sedang mereka lalui hari ini.

ini adalah sedikit usaha yang kami usahakan untuk membantu pelajar-pelajar lebih berjaya dan cemerlang dalam kehidupan mereka.

Program Motivasi UPSR ini membantu pelajar tahun 6 untuk lebih fokus dan sedar perihal masa hadapan melalui usaha menggapai kecemerlangan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mereka. Ini adalah cabaran awal mereka sebelum mereka mengorak langkah untuk bersaing dan berjuang dalam peperiksaan yang lebih besar seperti Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di masa akan datang.

Selepas mengikuti seminar ini, pelajar akan belajar

  • Apa itu paksi kejayaan?
  • 2 kunci utama orang berjaya
  • 5T halangan kejayaan
  • Bagaimana membina Impian
  • Adab berguru
  • Adab menuntut ilmu
  • Tip memilih kawan
  • Adab bersahabat
  • Dan banyak lagi

Buat guru yang ingin kami bantu pelajar anda, boleh hubungi talian

019 986 8346 / 011 1026 8346

atau layari laman web kami www.ciqtraining.com/ubah

Keutamaan kami adalah membantu pelajar anda menjadi pelajar yang lebih cemerlang bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat kelak. Marilah kita sama-sama berusaha membantu pelajar-pelajar di seluruh malaysia.

Program Motivasi UPSR kami membuka ruang seluas-luasnya buat semua sekolah di seluruh Malaysia.

Adakah anda sedang mencariĀ 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

Share This

Share this post with your friends!