Pilih satu Halaman

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hai, nama saya Zulfikarullah bin Zolkapeli, merupakan graduan Bacelor Pentadbiran Perniagaan BBA (Hons) UPM. Berasal dari Jerantut, Pahang. Mendapat pendidikan awal di SK Gambang, Kuantan, SK Gintong, Jerantut dan SK Bandar Jerantut dan pendidikan menengah di Sek. Men Agama Pulau Tawar Jerantut dan Maktab Adabi, Kuantan.

Kini merupakan Jurulatih Bersekutu Utama CIQ Training & Consultancy. Mula menceburi bidang Latihan dan Motivasi pada tahun 2014 dengan mula berkongsi pengalaman saya sebagai seorang pelajar yang malas sehingga pernah Gagal dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya juga kongsikan kesan dan akibat apabila mula terjebak dengan gejala-gejala sosial yang mana ianya hampir merosakkan masa hadapan saya ketika usia remaja. Saya juga kongsikan kenapa saya perlu bangkit dan apa yang membuatkan saya benar-benar ingin berubah dan ingin menjadi orang yang cemerlang dan dapat bantu orang lain untuk berjaya bersama. saya juga berpengalaman memberi bimbingan kepada kakitangan awam di Jabatan kerajaan dan sekolah-sekolah. saya juga telah mengendalikan beberapa Program Motivasi Pemantapan Staf, Pasukan, Keluarga dan juga berpengalaman menyampaikan ceramah motivasi di beberapa buah Organisasi dan sekolah di sekitar negeri Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Putrajaya dan negeri Kedah. saya juga pernah dijemput menjadi Hos program Bicara Santai bersama Doktor Pakar dan Atlet Emas Pahang Sukan Sea 2017 pada sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Pahang tahun 2017. Sehingga penghujung tahun 2018 beliau telah memberi motivasi kepada lebih 30,000 peserta.

Pada tahun 2018 saya telah diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai salah seorang Mentor dalam Program Houseman Support Group iaitu program sokongan kepada Pegawai Perubatan Gred UD41 (Doktor) yang baru dilantik di Hospital Tengku Ampuan afzan, Kuantan. Saya berperanan untuk melatih dan membimbing Pegawai Perubatan (Doktor) ini dalam bidang kerjaya bagi memupuk sikap positif terhadap pekerjaan dan kehidupan serta membantu pembangunan diri ke arah diri yang lebih cemerlang.

Kini saya telah bangunkan Modul Motivasi yang lebih efektif dan efisyen dengan corak dan pemikiran pelajar masa kini, dimana peserta dapat belajar secara santai dan seronok yang berkonsepkan keseronokan belajar (Fun Learning) dengan membawakan beberapa teknologi penyampaian terkini yang membantu peserta untuk sentiasa fokus dan seronok belajar sepanjang program. Saya telah bangunkan 5 Modul untuk Program Pembangunan Insan, Pasukan dan Pemimpin. Yang pertama adalah Modul Pemantapan Staf – MOVE ON! khas untuk program korporat. Modul Kedua adalah Program Pemantapan Pasukan iaitu Modul Team Management yang fokus kepada pembangunan pasukan dalam organisasi. Modul ketiga adalah Modul Keluarga Bahagia! Pekerja Cemerlang! merupakan modul pemantapan keluarga yang mengaitkan keluarga bahagia dapat memberi impak kepada kecemerlangan seseorang pekerja. Modul Keempat adalah Program Kepimpinan Pelajar iaitu Modul Good Leader yang membantu meningkatkan kecekapan kepimpinan pelajar di sekolah Dan modul kelima saya adalah Modul Seminar Berani UBAH! Iaitu modul yang dibangunkan khusus untuk membantu remaja berubah menjadi lebih baik.

Modul yang diberi nama UBAH! Usaha Berubah Agar Hebat! akan membantu pelajar memilih jalan kehidupan yang lebih baik. Baik di dunia dan Hebat di Akhirat adalah misi utama modul ini dibangunkan dalam usaha untuk membantu pelajar untuk berubah. Pelajar akan dibantu untuk memperolehi kesedaran dan fokus bagaimana untuk menjadi seorang  insan yang baik seterusnya membantu mereka untuk berubah. InsyaAllah, kita usaha Allah bantu kita.

Modul Berani UBAH! digarap berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pernah jatuh tersembam dalam kehidupan, pernah gagal dalam akademik dan pernah rosak akhlak dan iman serta pernah jauh daripada Allah SWT. dan setiap pengalaman ini memberikan pengajaran yang sangat besar dalam hidup saya. InsyaAllah saya akan bantu dan bimbing pelajar agar tidak terperangkap lagi dengan tipu daya dunia yang akan merosakkan masa hadapan mereka. Bagaimana saya boleh berubah?? Juga menjadi cetusan kepada kejayaan modul ini. saya akan bantu pelajar untuk perbaiki niat mereka belajar, niat yang terbaik bukanlah semata-mata kerana sekeping sijil tetapi belajar kerana Allah SWT. Ini juga berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pernah melakukan kesilapan tersebut sehingga menyebabkan ianya menjadi sia-sia. Apabila berubah membuatkan hidup saya kini menjadi lebih baik dan bahagia.

Jom bersama saya untuk bantu pelajar dan Staf anda berubah.