CIQ TRAINING & CONSULTANCY https://www.ciqtraining.com Menyediakan Program Motivasi Berimpak Tinggi Mon, 21 Jan 2019 08:57:26 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=4.9.25 4 Tip Kekal Istiqamah https://www.ciqtraining.com/4-tip-kekal-istiqamah/ https://www.ciqtraining.com/4-tip-kekal-istiqamah/#respond Mon, 21 Jan 2019 08:54:47 +0000 https://www.ciqtraining.com/?p=3012 Assalamualaikum.. Semoga anda berada dalam keadaan sihat dan sukses Antara cabaran kita untuk melakukan perubahan adalah untuk kekal istiqamah atas perubahan tersebut. Bagaimana cara untuk kita atasi masalah ini. Hari ini kita semangat melakukan perubahan dan selepas dua tiga minggu kita semakin lemau dalam melakukan perubahan tersebut. Akhirnya kita terus berhenti melakukannya. Hari ini, saya […]

The post 4 Tip Kekal Istiqamah appeared first on CIQ TRAINING & CONSULTANCY.

]]>

Assalamualaikum.. Semoga anda berada dalam keadaan sihat dan sukses

Antara cabaran kita untuk melakukan perubahan adalah untuk kekal istiqamah atas perubahan tersebut.

Bagaimana cara untuk kita atasi masalah ini. Hari ini kita semangat melakukan perubahan dan selepas dua tiga minggu kita semakin lemau dalam melakukan perubahan tersebut. Akhirnya kita terus berhenti melakukannya.

Hari ini, saya ingin kongsikan 4 tip kekal istiqamah dalam setiap tindakan yang akan kita lakukan.

Pertama

Kita perlu perbaiki niat atas setiap perubahan kita dengan hanya melakukan hanya kerana Allah Taala. Niat kita adalah cerminan kepada perbuatan yang dilakukan. Jika ianya berunsur kepada kepentingan dunia maka kita akan menemui titik bosan atas tindakan yang kita lakukan. Ini kerana, sifat dunia tiada yang berkekalan.

Kedua

Catatkan setiap kebaikan yang akan kita terima daripada tindakan perubahan tersebut. Ianya adalah sebagai motivasi kepada diri untuk mengejar kebaikan tersebut dengan bersungguh-sungguh melakukan perubahan tersebut.

Ketiga

Catat juga akibat dari kegagalan kita melaksanakan perubahan tersebut dengan baik. Ianya akan menjadi ancaman kepada kita setiap kali kita berasa malas untuk meneruskan perubahan tersebut. Minda kita akan sentiasa beringat akan ancaman tersebut setiap kali kita bacanya.

Keempat

Doa adalah senjata umat islam. Berdoalah banyak-banyak kepada Allah kerana hanya Allah yang membolak-balikkan hati kita samada untuk kekal istiqamah atas setiap tindakan yang kita lakukan. Serahkan hanya kepada Allah, kerana kita insan yang lemah dan tiada upaya untuk memberi bekas.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat buat anda semua.

Zulfikarullah

The post 4 Tip Kekal Istiqamah appeared first on CIQ TRAINING & CONSULTANCY.

]]>
https://www.ciqtraining.com/4-tip-kekal-istiqamah/feed/ 0
Program Motivasi Pelajar Sekolah Indonesia https://www.ciqtraining.com/program-motivasi-pelajar-sekolah-indonesia/ https://www.ciqtraining.com/program-motivasi-pelajar-sekolah-indonesia/#respond Sun, 04 Nov 2018 15:27:55 +0000 https://www.ciqtraining.com/?p=2781 Program Motivasi Pelajar Seminar Berani UBAH bersama pelajar Antarabangsa dari Sekolah Indonesia Kuala Lumpur Program berlangsung pada 29 & 30 Oktober 2018 di Benum Hill Resort yang terletak di daerah Raub Negeri Pahang. Ini kali pertama team kami sampai ke lokasi ini. Lokasinya sungguh mendamaikan. Lokasi ini dahulu merupakan kem PLKN. Persekitaran kem ini dikelilingi […]

The post Program Motivasi Pelajar Sekolah Indonesia appeared first on CIQ TRAINING & CONSULTANCY.

]]>
Program Motivasi Pelajar

Seminar Berani UBAH bersama pelajar Antarabangsa dari Sekolah Indonesia Kuala Lumpur

Program berlangsung pada 29 & 30 Oktober 2018 di Benum Hill Resort yang terletak di daerah Raub Negeri Pahang. Ini kali pertama team kami sampai ke lokasi ini. Lokasinya sungguh mendamaikan. Lokasi ini dahulu merupakan kem PLKN.

Persekitaran kem ini dikelilingi hutan dan kebun yang membuatkan suasananya begitu menenangkan dan amat sesuai untuk menjayakan program motivasi pelajar dan juga progra latihan lain mahupun teambuilding.

Syukur pada Allah SWT apabila team CIQ Training dihubungi oleh bapak Alwi Lutfi yang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Indonesia Kuala Lumpur yag melahirkan hasrat berminat untuk menjemput CIQ Training menjayakan Program Motivasi Pelajar bersama pelajar Sekolah Indonesia Kuala Lumpur.

Selepas mendapat kata persetujuan, pihak kami dijemput untuk menghadiri mesyuarat di Sekolah Indonesia Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2018. Mesyuarat itu di pengerusikan oleh bapak Marwoto yang merupakan timbalan kepala sekolah.

Sejarah tercipta buat pasukan CIQ Training apabila modul Seminar Berani UBAH! buat julung kalinya dijayakan bersama pelajar Antarabangsa. Jumlah pelajar sekitar 110 yang melibatkan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan nasional Indonesia iaitu pelajar SD, SMP, dan SMA.

Pelajar SD (Jika di Malaysia seperti pelajar UPSR)

Kategori SMP (Di Malaysia pelajar PT3)

 

Pelajar SMA (Di Malaysia pelajar SPM)

Program Motivasi Pelajar kali ini begitu havoc sekali. Pelajar-pelajar ini energi mereka lain macam betul. Bersemangat betul mereka sepanjang program berlangsung. mereka semua memang pelajar-pelajar yang hebat. Sungguh luar biasa gitu.

Aktiviti Outdoor

Pada hari kedua, berlangsung pula aktiviti outdoor iaitu Flying Fox dan Berkayak. Mereka begitu teruja, dan kami juga teruja sama. memang best gila program kali ini.

Pengalaman ini begitu bermakna buat pasukan kami sepanjang kami berkecimpung dalam menjayakan Program Motivasi Pelajar di seluruh pelusuk tanah air. Semoga dapat bertemu lagi pelajar-pelajar hebat ini dilain masa.

Berminat untuk menjemput pasukan CIQ Training menjayakan Program Motivasi Pelajar, boleh terus hubungi talian 019 986 8346 untuk sebarang pertanyaan. juga boleh hubungi laman web kami www.ciqtraining.com/ubah atau emel kepada kami di alamat ciqtraining@gmail.com

 

 

The post Program Motivasi Pelajar Sekolah Indonesia appeared first on CIQ TRAINING & CONSULTANCY.

]]>
https://www.ciqtraining.com/program-motivasi-pelajar-sekolah-indonesia/feed/ 0
Program Motivasi Pemantapan Staf Suruhanjaya Koperasi Malaysia https://www.ciqtraining.com/program-motivasi-pemantapan-staf-suruhanjaya-koperasi-malaysia/ https://www.ciqtraining.com/program-motivasi-pemantapan-staf-suruhanjaya-koperasi-malaysia/#respond Fri, 19 Oct 2018 10:11:17 +0000 https://www.ciqtraining.com/?p=2709 Alhamdulillah, Pasukan kami mendapat jemputan program bersama kakitangan Suruhajaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Pahang.   Program yang disertai oleh Pengarah SKM iaitu Haji Ibrahim dan staf seluruh negeri Pahang telah memberikan satu pengalaman yang menerujakan kerana kakitangan-kakitangan yang begitu sporting dan hebat. Program yang berlangsung di Dewan Arabian Bay Gambang Resort, Kuantan pada 29-30 September […]

The post Program Motivasi Pemantapan Staf Suruhanjaya Koperasi Malaysia appeared first on CIQ TRAINING & CONSULTANCY.

]]>
Alhamdulillah, Pasukan kami mendapat jemputan program bersama kakitangan Suruhajaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Pahang.

 

Program yang disertai oleh Pengarah SKM iaitu Haji Ibrahim dan staf seluruh negeri Pahang telah memberikan satu pengalaman yang menerujakan kerana kakitangan-kakitangan yang begitu sporting dan hebat.

Program yang berlangsung di Dewan Arabian Bay Gambang Resort, Kuantan pada 29-30 September 2018 begitu meriah sekali.

Program yang dirangka secara santai dan berbentuk Game-Based Learning yang mana setiap kakitangan dapat belajar secara santai dan seronok. secara tidak langsung dapat menghilangkan tekanan kerja yang dirasai. Alhamdulillah, program ini mendapat maklumbalas yang positif daripada staf dan pegawai mereka. Ketua Pen. pengarah mereka juga begiru seronok dan gembira melihat anak buahnya gembira dan seronok sepanajng program.

InsyaAllah, tahun hadapan akan bekerjasama lagi dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan negeri Pahang untuk projek yang lebih besar. Semoga Allah permudahkan urusan dan perancangan ini.

Sebarang jemputan untuk program Motivasi yang seronok dan santai serta padat dengan pengisian ilmu, boleh hubungi talian 019 986 8346 @ 0111 026 8346.

The post Program Motivasi Pemantapan Staf Suruhanjaya Koperasi Malaysia appeared first on CIQ TRAINING & CONSULTANCY.

]]>
https://www.ciqtraining.com/program-motivasi-pemantapan-staf-suruhanjaya-koperasi-malaysia/feed/ 0
Program Motivasi UPSR https://www.ciqtraining.com/program-motivasi-upsr/ https://www.ciqtraining.com/program-motivasi-upsr/#respond Wed, 11 Jul 2018 04:21:23 +0000 https://www.ciqtraining.com/?p=2569 The post Program Motivasi UPSR appeared first on CIQ TRAINING & CONSULTANCY.

]]>

CIQ Training & Consultancy merupakan sebuah syarikat perunding latihan dan motivasi pelajar bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kami sedia berkhidmat untuk seluruh sekolah di Malaysia.

Pelajar UPSR hari ini mengalami beberapa masalah yang membantutkan usaha mereka untuk berjaya. Mengikut pengalaman kami berprogram bersama pelajar-pelajar, kami dapati beberapa masalah serius yang sedang dialami oleh ramai pelajar mutakhir ini.

3 Masalah utama pelajar mutakhir ini :

  1. Pelajar tidak mempunyai matlamat yang jelas mengapa mereka belajar dan mengapa mereka hidup
  2. Akhlak menjadi masalah baik dari golongan pelajar kelas belakang mahupun pelajar kelas hadapan
  3. Spiritual pelajar lemah. Pelajar tidak menjaga solat dan aurat dengan baik

Masalah ini menyebabkan pelajar menjadi leka dan tidak peka dengan kehidupan dan masa hadapan mereka.

Seminar berani berUBAH! merupakan sebuah modul yang dapat membantu pembangunan sahsiah pelajar dengan mengaplikasikan konsep pembelajaran yang santai dan menghiburkan, tetapi padat dengan maklumat dan ilmu. Ianya dapat membantu pelajar untuk lebih fokus dan sedar perihal cabaran kehidupan yang sedang mereka lalui hari ini.

ini adalah sedikit usaha yang kami usahakan untuk membantu pelajar-pelajar lebih berjaya dan cemerlang dalam kehidupan mereka.

Program Motivasi UPSR ini membantu pelajar tahun 6 untuk lebih fokus dan sedar perihal masa hadapan melalui usaha menggapai kecemerlangan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mereka. Ini adalah cabaran awal mereka sebelum mereka mengorak langkah untuk bersaing dan berjuang dalam peperiksaan yang lebih besar seperti Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di masa akan datang.

Selepas mengikuti seminar ini, pelajar akan belajar

  • Apa itu paksi kejayaan?
  • 2 kunci utama orang berjaya
  • 5T halangan kejayaan
  • Bagaimana membina Impian
  • Adab berguru
  • Adab menuntut ilmu
  • Tip memilih kawan
  • Adab bersahabat
  • Dan banyak lagi

Buat guru yang ingin kami bantu pelajar anda, boleh hubungi talian

019 986 8346 / 011 1026 8346

atau layari laman web kami www.ciqtraining.com/ubah

Keutamaan kami adalah membantu pelajar anda menjadi pelajar yang lebih cemerlang bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat kelak. Marilah kita sama-sama berusaha membantu pelajar-pelajar di seluruh malaysia.

Program Motivasi UPSR kami membuka ruang seluas-luasnya buat semua sekolah di seluruh Malaysia.

Adakah anda sedang mencari 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

The post Program Motivasi UPSR appeared first on CIQ TRAINING & CONSULTANCY.

]]>
https://www.ciqtraining.com/program-motivasi-upsr/feed/ 0
Program Motivasi SPM https://www.ciqtraining.com/program-motivasi-spm/ https://www.ciqtraining.com/program-motivasi-spm/#respond Wed, 11 Jul 2018 04:14:56 +0000 https://www.ciqtraining.com/?p=2573 The post Program Motivasi SPM appeared first on CIQ TRAINING & CONSULTANCY.

]]>

CIQ Training & Consultancy merupakan sebuah syarikat perunding latihan dan motivasi pelajar bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kami sedia berkhidmat untuk seluruh sekolah di Malaysia.

Pelajar SPM hari ini mengalami beberapa masalah yang membantutkan usaha mereka untuk berjaya. Mengikut pengalaman kami berprogram bersama pelajar-pelajar, kami dapati beberapa masalah serius yang sedang dialami oleh ramai pelajar mutakhir ini.

3 Masalah utama pelajar mutakhir ini :

  1. Pelajar tidak mempunyai matlamat yang jelas mengapa mereka belajar dan mengapa mereka hidup
  2. Akhlak menjadi masalah baik dari golongan pelajar kelas belakang mahupun pelajar kelas hadapan
  3. Spiritual pelajar lemah. Pelajar tidak menjaga solat dan aurat dengan baik

Masalah ini menyebabkan pelajar menjadi leka dan tidak peka dengan kehidupan dan masa hadapan mereka.

Seminar berani berUBAH! merupakan sebuah modul yang dapat membantu pembangunan sahsiah pelajar dengan mengaplikasikan konsep pembelajaran yang santai dan menghiburkan, tetapi padat dengan maklumat dan ilmu. Ianya dapat membantu pelajar untuk lebih fokus dan sedar perihal cabaran kehidupan yang sedang mereka lalui hari ini.

ini adalah sedikit usaha yang kami usahakan untuk membantu pelajar-pelajar lebih berjaya dan cemerlang dalam kehidupan mereka.

Program Motivasi SPM ini membantu pelajar tingkatan 5 untuk lebih fokus dan sedar perihal masa hadapan melalui usaha menggapai kecemerlangan dalam peperiksaan Ujian Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka. Ini adalah cabaran awal mereka sebelum mereka mengorak langkah untuk bersaing dan berjuang dalam peperiksaan yang lebih besar di alam Universiti di masa akan datang.

Selepas mengikuti seminar ini, pelajar akan belajar 

  • Apa itu paksi kejayaan?
  • 2 kunci utama orang berjaya
  • 5T halangan kejayaan
  • Bagaimana membina Impian
  • Adab berguru
  • Adab bersahabat
  • Tip memilih kawan
  • Adab menuntut ilmu
  • Dan banyak lagi

Buat guru yang ingin kami bantu pelajar anda, boleh hubungi talian

019 986 8346 / 011 1026 8346

atau layari laman web kami www.ciqtraining.com/ubah

Keutamaan kami adalah membantu pelajar anda menjadi pelajar yang lebih cemerlang bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat kelak. Marilah kita sama-sama berusaha membantu pelajar-pelajar di seluruh malaysia.

Program Motivasi UPSR kami membuka ruang seluas-luasnya buat semua sekolah di seluruh Malaysia.

Adakah anda sedang mencari 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

The post Program Motivasi SPM appeared first on CIQ TRAINING & CONSULTANCY.

]]>
https://www.ciqtraining.com/program-motivasi-spm/feed/ 0
Program Motivasi Pelajar SPM https://www.ciqtraining.com/program-motivasi-pelajar-spm/ https://www.ciqtraining.com/program-motivasi-pelajar-spm/#respond Mon, 09 Jul 2018 15:53:22 +0000 https://www.ciqtraining.com/?p=2557 The post Program Motivasi Pelajar SPM appeared first on CIQ TRAINING & CONSULTANCY.

]]>

Dengan lafaz Bismillah sebagai pembuka kata. Semoga yang sedang membaca ini diberikan kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Jumlah pelajar SPM tahun 2017

Tahun 2017 seramai 443,883 calon telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tahun 2018 saya kami masih tidak memperolehi datanya.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan cabaran pertama bagi seorang pelajar mula melakar coretan kehidupan mereka. Disinilah bermulanya langkah. Sebuah langkah pertama yang mengorak menuju ke puncak kegemilangan.

Hari ini ramai pelajar yang masih leka dan tidak peka terhadap kepentingan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka tidak fikir akan kekalutan yang bakal mereka tempuhi andai mereka gagal dalam peperiksaan tersebut. Dan Mereka masih lagi lena dibuai mimpi indah.

Mereka sangka hidup ini senang seperti makan kacang sahaja. lebih mengerohkan keadaan apabila budaya ibu bapa yang terlalu memanjakan anak sehingga anak jadi lembik. Langsung tidak pandai urus tadbir diri. Semua perkara tidak pandai lakukan seperti basuh baju, gosok baju, basuh kasut, lipat baju, memasak dan sebagainya. Apa yang mereka tahu hanya gadjet, game dan buang masa bersama rakan-rakan.  

Bayangkan apa akan terjadi kepada mereka 10 tahun mendatang. Bagaimana mereka ingin mengharungi badai kehidupan yang menggila andai hanya bersampankan rakit buluh.

Ini adalah masalah besar yang sedang dihadapi oleh ramai pelajar mutakhir ini. Bagaimana kita ingin membantu mereka? Antara bantuan yang boleh dihulur adalah memberi bimbingan dan motivasi kepada mereka melalui program motivasi pelajar spm.

Program Motivasi Pelajar SPM

Program Motivasi Pelajar SPM yang dibangunkan oleh CIQ Training & Consultancy antara medium yang tersedia untuk membantu pelajar-pelajar sekolah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dan Program Motivasi Pelajar SPM ini memberi penekanan khusus kepada pembangunan Matlamat Pelajar, Akhlak dan Spiritual agar mereka dapat membina tapak  kejayaan yang kukuh sebelum mereka mula membina mahligai kejayaan. Melalui seminar berani berUBAH! pelajar diberi dorongan untuk berubah menjadi lebih baik dan lebih cemerlang.

Pelajar diajak untuk melihat dunia dari pandangan KLCC bukan dari pandangan kampung Beserah. Apabila pandangan mata terbuka, kesedaran diri akan timbul berkat terasa betapa kerdilnya diri. Ketika itu, pelajar akan mula dipasak dengan pembentukan matlamat hidup atau BIG WHY? kenapa mereka belajar. Ini adalah sedikit ilmu yang akan pelajar belajar dalam Program Motivasi Pelajar SPM menggunakan modul berani berUBAH!

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut serta menempah Program Motivasi Pelajar SPM seminar berani berUBAH! ini, boleh layari laman web berikut :

www.ciqtraining.com/ubah

atau hubungi talian 019 986 8346 / 011 1026 8346

 

Adakah anda sedang mencari 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

The post Program Motivasi Pelajar SPM appeared first on CIQ TRAINING & CONSULTANCY.

]]>
https://www.ciqtraining.com/program-motivasi-pelajar-spm/feed/ 0
Ceramah Motivasi Pelajar SMK Badrul Alam Shah Kerteh Terengganu https://www.ciqtraining.com/ceramah-motivasi-pelajar-smk-badrul-alam-shah-kerteh-terengganu/ https://www.ciqtraining.com/ceramah-motivasi-pelajar-smk-badrul-alam-shah-kerteh-terengganu/#respond Mon, 02 Jul 2018 14:32:35 +0000 https://www.ciqtraining.com/?p=2538 The post Ceramah Motivasi Pelajar SMK Badrul Alam Shah Kerteh Terengganu appeared first on CIQ TRAINING & CONSULTANCY.

]]>

Ceramah Motivasi bersama Pelajar SMK Badrul Alam Shah Kerteh Terengganu

Bulan September Tahun 2013 merupakan langkah pertama CIQ Training & Consultancy terjun dalam bidang Motivasi & Latihan. Ceramah Motivasi bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah Kerteh Terengganu merupakan program sulung CIQ Training & Consultancy.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah Kerteh Terengganu menjadi saksi kepada lahirnya seorang penceramah iaitu Tuan Zulfikarullah bin Zolkapeli. Ceramah Motivasi selama 2 jam ini membantu pelajar supaya bangkit dari tidur yang lena

Ceramah yang berkisar perihal kejayaan dan masa. Saban waktu masa terus berlalu meninggalkan kita, arus masa yang tidak dapat dikekang ini akan berlalu pergi tatkala kita masih dibuai mimpi indah. Bangkitlah dari lena yang panjang. Usah terus hanyut dibuai mimpi kerana kita akan kecewa suatu ketika nanti. Kejayaan tidak menunggu sesiapa, pelajar yang fokus kepada kejayaan akan menghargai masa sebaik-baiknya.

Pelajar produktif sentiasa hargai masa dan mereka gunakan masa untuk manfaat terbaik supaya dapat hasil yang besar.

Ini sebahagian dari renteten perkongsian ceramah motivasi bersama pelajar SMK Badrul Alam Shah Kerteh Terengganu. Ianya digarap hasil dari pengalaman penceramah sendiri yang pernah gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Apabila kita dipatuk ular, makanya lebih baik kita beritahu kepada orang lain berkenaan ular tersebut agar mereka tidak dipatuk ular yang sama. Inilah matlamat ceramah ini, ianya membantu pelajar agar mereka tidak terjerumus dalam lubang kegagalan yang sama. Sesungguhnya, kegagalan itu sungguh perit untuk ditanggung.

Hidup yang singkat ini memerlukan pengorbanan yang besar dalam menggamit kejayaan. Sesungguhnya, kejayaan itu bukan percuma, ia memerlukan kos yang tinggi. Usaha dan Pengorbanan perlu dilabur demi merealisasikan sebuah kejayaan dalam kehidupan. Usah sombong dek kepandaian kalian, kerana kejayaan bukan milik kita tetapi ainya adalah milik Allah SWT. Sentiasalah bersyukur jika kita dikurniakan kepandaian. Bantu orang yang lemah.

Pengalaman Penuh Pengajaran

Begitulah sedikit sebanyak motivasi yang dilontarkan kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah Kerteh Terengganu. Pengalaman ini memang sentiasa menusuk sanubari kerana tanpa pengalaman yang pertama siapalah kita dimasa hadapan.

Apa yang best tentang ceramah ini adalah, hasil yang disampaikan ketika ceramah adalah total berbeza dengan apa yang dirancang. Maklumlah, pertama kali penceramah naik stage. Inilah pengalaman redah dan langgar yang telah memberi seribu pengajaran.

Adakah anda sedang mencari 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

The post Ceramah Motivasi Pelajar SMK Badrul Alam Shah Kerteh Terengganu appeared first on CIQ TRAINING & CONSULTANCY.

]]>
https://www.ciqtraining.com/ceramah-motivasi-pelajar-smk-badrul-alam-shah-kerteh-terengganu/feed/ 0
5 Ciri Orang Berjaya https://www.ciqtraining.com/5-ciri-orang-berjaya/ https://www.ciqtraining.com/5-ciri-orang-berjaya/#respond Sat, 30 Jun 2018 07:37:06 +0000 https://www.ciqtraining.com/?p=2511 The post 5 Ciri Orang Berjaya appeared first on CIQ TRAINING & CONSULTANCY.

]]>

Setiap orang yang lahir atas dunia inginkan kejayaan. Dari awal usia persekolahan lagi kita sudah di dedahkan dengan erti sebuah kejayaan. Baik dari Ibu bapa, guru, saudara mara, rakan-rakan dan sesiapa sahaja, pasti akan memberi nasihat untuk kita jadi orang yang berjaya. Kehidupan mesti diteruskan, ilmu mesti digali dan dipraktikkan dalam kehidupan agar kita dapat menaiki puncak kejayaan.

Berikut ada 5 ciri orang berjaya yang dapat diaplikasikan dalam usaha kita mengejar sebuah kejayaan.

1. KEYAKINAN DIRI

Kejayaan dipacu oleh keyakinan yang jitu. Keyakinan diri menjadi tanda aras kepada permulaan sebuah kejayaan. Orang berjaya bergerak seiring dengan keyakinan atas setiap tindakan yang diambil. Keyakinan itu bermula dalam minda, kembangkan minda dengan keyakinan bahawan kita boleh! Bercakap dengan diri menggunakan bahasa komitmen. Buang bicara yang krik krik dan lontarkan keyakinan melalui tindakan.

Antara tip untuk tingkatkan keyakinan diri adalah

  • Yakin Allah sentiasa bersama kita. Nabi sebut, “Jagalah hak Allah, Allah akan jaga hak kita! Jagalah hak Allah, Allah akan sentisa ada dihadapan kita!. Apabila diri yakin Allah sentiasa bantu maka diri akan lebih yakin.
  • Cari Ilmu. Jangan berhenti belajar selagi nyawa dikandung badan. Berhenti belajar bermakna mati sebelum mati. Usah jadi zombi kehidupan. Terdapat 3 proses penting berkaitan ilmu.
    • 1. Sebelum mencari ilmu. Ilmu itu umpama emas yang perlu digali. Usaha dan komitmen adalah mahar ilmu. Ilmu tidak datang meminang diri yang tiada keinginan untuk bijak. Usah berkira untuk melabur yuran kebijaksanaan kerana ia akan menyelamatkan kita dari terpaksa membayar Yuran Kebodohan.
    • 2. Sewaktu mencari ilmu. Perlu ada guru yang membimbing dan mengajar kita agar tidak tersesat memilih jalan. Ilmu bernilai apabila adanya berkat. Berkat ilmu diperolehi dengan jalan adab. Bila ilmu itu berkat maka mudahlah untuk dihadam.
    • 3. Selepas dapat ilmu. Bila dah faham ilmu, maka cepat-cepat buat. Usah tangguh lama-lama kerana nanti kita akan lupa. Ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah. Langsung tak bagi sebarang hasil. Amal sehingga pandai, kemudian kongsikan pula kepada orang lain yang memerlukannya. Semakin banyak kita kongsi semakin bijak diri kita jadi.

2. KEJUJURAN

Jujur adalah sifat mulia yang ada pada diri orang berjaya. Orang jujur selalu kehadapan dalam apa jua bidang. Jujur umpama magnet kepada kejayaan. Jujur membuatkan diri seseorang disukai orang ramai. Antara tanda seseorang itu jujur adalah :

  • Dia takut untuk berbohong walaupun perkara kecil.
  • Melakukan setiap perkara mengikut aturannya.
  • Sentiasa mengakui kesilapan diri.
  • Bertanggungjawab atas setiap amanah.
  • Mudah memohon kemaafan kepada orang lain.

Sifat jujur juga adalah tuntutan agama. Dalam sebuah hadis, Nabi ada menyebutkan berkaitan perihal kejujuran dan kenapa pentingnya kejujuran pada diri seseorang.

Dari Abu Hurairoh bahwasanya ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

“Tanda munafik ada tiga, jika berkata ia berdusta, jika berjanji ia ingkar dan jika diberi amanat ia khianat” (Mutaffaqun ‘alaihi)

Betapa tercelanya perbuatan dusta ini sehingga dijadikan sebagai tanda orang munafik, oleh sebab itu hendaklah kita menjauhi perkataan dusta walaupun hanya sekadar bergurau. Beratkan!

3. URUS JADUAL DIRI

Orang berjaya bijak urus jadual diri dengan baik. Andai diri tidak boleh diurus dengan baik, bagaimana hendak urus sesuatu yang lebih besar. Contohnya, bagaimana hendak urus pasukan, perniagaan, strategi dan pelbagai lagi perkara yang bersangkut paut dengan kejayaan. Kuncinya adalah urus jadual diri dengan baik. Buat jadual diri dan sentiasa disiplinkan diri untuk patuh jadual diri.

Jadi geng 5 pagi. Mulakan hari seawal pagi. Susun atur aktiviti bermula awal pagi. Mulakan hidup dengan merayu dan sujud pada Allah agar hidup kita menjadi lancar. Lihat Al-Quran dahulu sebelum lihat dunia supaya waktu berkat. Disiplin dan patuh pada jadual diri agar diri sentiasa diurus dengan baik.

4. CEKAP & BERKESAN

Cekap adalah melakukan sesuatu dengan betul dan berkesan adalah melakukan sesuatu yang betul. Ada orang cekap tetapi tidak berkesan.Ada orang berkesan tetapi tidak cekap. Kedua-dua elemen saling bergantung diantara satu sama lain.Kejayaan akan dikecapi apabila kedua-dua elemen ini dapat disatukan dengan baik.

Gerak kerja cekap menyemai hasil yang bagus. Gerak kerja cekap menjimatkan kos dan masa. Ianya juga menjadi kayu ukur kepada sebuah kejayaan. Hasil dari gerak kerja cekap membuahkan kejayaan yang besar. Rancang dengan baik gerak kerja yang hendak dibuat agar keberkesanannya jua memberi bekas. Keberkesanan itu adalah puncak dan tanpa gerak kerja cekap ia adalah mustahil.

Kecekapan itu memerlukan daya keinginan yang tinggi dan komitmen yang jitu. Latihan berterusan perlu bagi melatih diri untuk melakukan sesuatu dengan cekap dan berkesan.

5. ISTIQAMAH

Fasa ini adalah fasa penting untuk memastikan setiap usaha yang telah dilakukan memberi bekas. Allah perintahkan kita yang bermaksud ” Maka istiqamahlah (kamu) sebagaimana yang Aku perintahkan…” (Qs. Hud : 112). Sesungguhnya inti dari istiqamah adalah kesabaran. Untuk memastikan diri terus menerus melakukan sesuatu perkara memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Orang yang tidak sabar tidak akan berjaya menamatkan apa yang telah dimulakan. Kegagalan menamatkan apa yang kita mulakan menyebabkan kita sentiasa jauh dari kejayaan. Kejayaan adalah hasil dari apa yang kita mulakan.

Usah jadi geng kelompok hangat-hangat taik ayam yang mana hanya bersemangat pada mulanya sahaja, tetapi tatkala mula merasai kepahitan dan kesusahan dalam usaha, maka ia akan mula cari alasan untuk mengabsahkan dirinya agar menghentikan usaha yang telah dimulakan. Teruskan momentum perjuangan sehingga titisan yang terakhir. Usah biarkan ia terbang dibawa angin yang berlalu. Apabila buat sesuatu, jika masih belum berjaya, teruskan perjuangan. Bila rasa penat, berehat seketika. Rehatkan badan, tidur sekejap, tenangkan hati dan fikiran sebelum terus memecut laju terus kehadapan. Jangan sekali-kali berundur di tengah jalan. Biarlah kita mati mencuba daripada langsung tidak buat apa-apa.

Antara cara untuk kekalkan momentum diri adalah

  • Perbaiki niat kita. Niat hanya kerana Allah.
  • Berdoa banyak-banyak pada Allah. Usah putus asa dengan pertolongan Allah.
  • Pilih kawan yang suka buat baik. InsyaAllah dia akan sentiasa ingatkan kita.
  • Buat satu persatu. Usah buat semua kerja dalam satu masa, nanti kita akan lelah.
  • Buat selama 40 hari. Usaha satu perkara kekal selama 40 hari berturut-turut.

Adakah anda sedang mencari 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

The post 5 Ciri Orang Berjaya appeared first on CIQ TRAINING & CONSULTANCY.

]]>
https://www.ciqtraining.com/5-ciri-orang-berjaya/feed/ 0
10 Tip Hidup Tenang https://www.ciqtraining.com/10-tip-hidup-tenang/ https://www.ciqtraining.com/10-tip-hidup-tenang/#respond Tue, 26 Jun 2018 02:38:04 +0000 https://www.ciqtraining.com/?p=2476 The post 10 Tip Hidup Tenang appeared first on CIQ TRAINING & CONSULTANCY.

]]>

Hidup ini adalah ujian dan ianya penuh dengan pancaroba. Kegagalan menguruskan hidup dengan baik akan menyebabkan hidup menjadi porak peranda. Manusia semua mengharapkan kehidupan yang harmoni dan tenang. Persoalannya adalah bagaimana untuk mendapatkan hidup yang lebih tenang.

Berikut adalah 10 tip hidup tenang yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

1.Berdoa

Tatkala berhadapan dengan masalah, usah susah hati dengan memikirkan masalah tersebut. Sebaliknya teruslah mengadu kepada Yang Maha Esa untuk mohon bantuan. Berdoalah dengan penuh pengharapan dan rasa takut kepada Allah Taala. Doa adalah senjata orang mukmin. Ketika hati berat, naiklah ke ruang solat dan carilah sejadah lalu sujud basah dini malam merintih kepada Yang Maha Mendengar. Doa tanda keyakinan kita terhadap Yang Maha Esa.

2. Bangun Awal Pagi

Allah tebarkan rezeki seluas-luasnya kepada mereka yang bangun awal pagi. Robin Sharma kongsikan 60 tip kejayaan dan salah satunya adalah bangun jam 5.00 pagi. Orang mukmin diseru mulakan awal pagi dengan ibadah seperti solat tahajud dan baca Al-Quran. Hari yang dimulakan dengan solat dan Al-Quran, InsyaAllah sepanjang harinya akan dipermudahkan oleh Allah Taala.

3. Usah mengharapkan balasan Orang

Apa jua yang kita lakukan, usah mengharapkan balasan dari orang. Biarlah hanya Allah sahaja yang membalasnya. Fokus kepada balasan dan pujian orang akan menyebabkan kita mudah kecewa. Apabila tolong orang, usah mengharapkan ucapan terima kasih darinya kerana jika dia tidak ucap terima kasih kita yang akan sedih dan kecewa. Buatlah segala-galanya hanya kerana Allah Taala yang Maha Pemberi Ketenangan.

4. Rehat

Rehat itu perlu. Tatkala badan berasa lelah, berhenti rehat, tidur seketika, kumpulkan tenaga dan tenangkan fikiran sebelum sambung perjuangan hidup. Rehat yang cukup membantu minda dan fizikal kekal sihat. Rehat yang cukup juga membantu mengekalkan fokus kita dalam apa jua perkara yang kita lakukan.

5. Abaikan kata negatif

Mulut orang kita tak mampu tutup. Dalam dunia ini, apa jua perkara yang kita lakukan samada perkara baik atau buruk, pasti ada sahaja mulut puaka yang berkokok. Ini lumrah dalam kehidupan mutakhir ini. Apa yang perlu kita lakukan adalah pekak telinga. Yang negatif abaikan dan yang positif kita ambil sebagai tauladan. Usah penatkan diri menari mendengar paluan gendang orang lain.

6. Maafkan

Hidup ini singkat. Tidak berbaloi untuk kita tambah musuh. Ianya akan kusutkan hidup kita. Belajar memaafkan. Perit mana hati kita rasa, maafkan sahaja. Maafkan orang lain akan rendahkan hati kita. Orang rendah hati mudah didampingi oleh orang lain. Amarah adalah penghalang kepada ketenangan dan Maaf adalah musuh amarah. Urus marah, tenang kunjung tiba.

7. Bercuti

Sekali sekala bawa diri pergi berjalan. Lihat tempat orang dan belajar sesuatu sepanjang perjalanan. Usah hanya berjalan semata-mata. Kerana Alam memberi banyak pengajaran kepada orang yang berfikir. Refresh perhubungan dengan pasangan hidup melalui percutian samada dalam atau luar negara. Usah terlalu berkira untuk belanja diri dan pasangan. sekurang-kurangnya setahun sekali pergilah bercuti bersama keluarga. Rancang percutian mengikut kemampuan diri.

8. Berhenti Gossip

Usah hidup berkisar tentang orang lain. Usah sibuk bicara perihal orang lain kerana ia hanya membuang masa kita. Jika kita mengata perkara yang tidak elok boleh jadi mengumpat dan dapat dosa. Sangat tidak berbaloi untuk dapat dosa kerana orang lain. Bicaralah perihal peluang yang boleh mengembangkan akal dan boleh majukan hidup kita.

9. Sedekah

Belajar memberi. Usah hanya mahu menerima sahaja. Rahsia orang kaya bahagia adalah suka memberi. Belum ada orang jatuh miskin sebab sedekah. Sedekah mengikis sifat tamak dalam diri. Sifat tamak musuh kepada ketenangan, orang tamak selalu rasa tidak cukup. perasaan ini membuatkan hidup gundah gulana. Sedekah juga sebenarnya dapat membantu mengurangkan stres.

10. Sangka baik selalu

Sangka baik memacu kepada hati yang redha. Hati redha buatkan orang miskin berasa kaya, dan hati yang tidak redha buatkan orang kaya berasa miskin. Sentiasa sangka baik kepada Allah atas Qada’ dan QadarNya. Juga sentiasa bersangka baik kepada manusia lain atas apa jua keadaan.

Entri sebelum ini –> 5 Perkara Pelajar Cemerlang Lakukan

Like page kami –>> fb.me/CIQTraining

Terima kasih kerana membaca artikel ini.

 

Adakah anda sedang mencari 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

The post 10 Tip Hidup Tenang appeared first on CIQ TRAINING & CONSULTANCY.

]]>
https://www.ciqtraining.com/10-tip-hidup-tenang/feed/ 0
5 Perkara Pelajar Cemerlang Lakukan https://www.ciqtraining.com/5-perkara-pelajar-cemerlang-lakukan/ https://www.ciqtraining.com/5-perkara-pelajar-cemerlang-lakukan/#respond Mon, 25 Jun 2018 00:41:25 +0000 https://www.ciqtraining.com/?p=2461 The post 5 Perkara Pelajar Cemerlang Lakukan appeared first on CIQ TRAINING & CONSULTANCY.

]]>

Untuk jadi pelajar cemerlang kita perlu ikut cara pelajar yang telah cemerlang. Kejayaan bukan PERCUMA. Ia memerlukan pengeras yang agak tinggi kerana kejayaan ini harganya mahal. ianya hanya layak bagi mereka yang benar-benar ada kesungguhan untuk menggapainya. Semua orang nak berjaya. tapi, tak semua orang berjaya. Tindakan kita menjadi penentu kepada hasil yang akan kita perolehi.

Kali ini saya kongsikan 5 perkara yang pelajar cemerlang lakukan.

1. Tetapkan Matlamat

Pelajar cemerlang, mereka ada matlamat. Apa jua yang mereka lakukan, pasti ada tujuan dan sebabnya. Mereka tidak buat sesuatu secara sembarono begitu. Kenapa anda belajar? Pelajar cemerlang mempunyai jawapan yang spesifik terhadap soalan ini. anda bagaimana? Jika masih blurr, maka mesti cari tujuan utama anda belajar.

Matlamat membantu pelajar fokus kepada pelajaran. Ianya membantu pelajar lebih bersemangat untuk belajar sebab mereka tahu hasil manis yang bakal mereka tuai nanti. Momentum belajar juga akan sentiasa stabil.

Apa akan jadi jika tiada matlamat?

Ada 2 orang pelari yang berlari selama 2 jam. Kedua-duanya letih dan berpeluh. Pelari pertama telah sampai ke destinasi yang hendak dituju. Dia berasa gembira walaupun lelah menggamit diri. Manakala pelari yang kedua masih lagi berada ditempat yang sama. Dia baru sedar bahawa dia sedang berlari diatas treadmill.

Begitu juga nasib pelajar yang pergi sekolah setiap hari tetapi tidak mempunyai matlamat yang jelas. Akhirnya hanya dapat lelah sahaja.

Ketika mahu merancang matlamat, mintalah pendapat orang-orang tua seperti ibu bapa, guru, dan juga rakan-rakan senior.Dan paling utama adalah untuk sujud memohon petunjuk dari Allah Taala melalui solat Istikharah.

2. Urus Jadual Diri

Dalam hidup ini, kita diwajibkan untuk menunaikan solat fardhu 5 kali sehari semalam. Sesungguhnya, solat itu telah ditetapkan waktunya. Jadual solat mesti dipatuhi. Jika tidak, solat kita tidak sah. Rupa-rupanya Allah sudah melatih manusia untuk urus jadual diri melalui solat 5 waktu. Cuba bayangkan, jika Allah tidak meletakkan jadual solat. Nescaya tunggang langganglah solat kita ketika itu.

Seorang pelajar cemerlang, mereka tahu bila waktu untuk belajar, waktu buat kerja sekolah, waktu ulangkaji pelajaran,waktu rehat, waktu bermain, waktu makan,waktu buang masa, dan apa jua rutin yang mereka lakukan mereka sudah rancang dari awal.

Bila ada jadual diri dan bijak urus jadual diri, maka penggunaan masa akan lebik cekap. Fokus belajar juga tidak terganggu. Ini kerana masa 24 jam dapat dimaksimakan penggunaannya sebaik mungkin. Sebelum tidur, catat perkara yang hendak dilakukan pada hari esok. Pelajar yang buat ini, 5 kali lebih berpeluang untuk berjaya.

3. Kerja Keras

Kejayaan bukan percuma. Ia perlu dibayar dengan kerja keras. 90% kejayaan datangnya dari kerja keras. Tanpa kerja keras, sukar untuk tahu akan kerja cerdas. Dan dengan momentum yang ada maka akan lahirlah kerja ikhlas.

Kerja keras adalah usaha demi usaha yang dilakukan tanpa ada rasa jemu dan putus asa. Pelajar cemerlang! bila belajar, dia akan belajar bersungguh-sungguh. Bila bermain, dia akan bermain bersungguh-sungguh. Baginya, apa jua yang dilakukannya mestilah dilakukan sebaik-baiknya. Inilah iltizam seorang pelajar cemerlang.

Ingat! hebat mana pun perancangan dan motivasi yag ada, tanpa kerja keras maka ianya menjadi sia-sia.

4. Rehatkan Diri

Apabila terlalu lama bekerja keras. Mental dan fizikal akan penat. Rasa penat ini, jika tidak diuruskan dengan baik maka ia akan menjadi virus yang akan merosakkan segala perancangan dan usaha yang telah dilakukan. Pelajar akan rasa jemu dan susah untuk terus berjuang.

Ingat! bila badan rasa lelah, kena pause sekejap. Tidak boleh terus paksa diri belajar. Mesin pun kena rehat, jika tidak ia akan meletup. Untuk passtikan momentum pelajar sentiasa stabil, rehat amat diperlukan. Tetapi, jangan banyak rehat dari belajar pula.

Contoh rehat yang diperlukan adalah ketika mana pelajar sedang baca buku atau ulangkaji pelajaran. Selepas 45 minit, pelajar perlu tutup buku dan rehat selama 10 minit. Semasa rehat pelajar boleh main game, makan, tonton video kelakar, tidur atau sembang-sembang. Pastikan aktiviti tersebut adalah aktiviti yang santai. Selepas 10 minit baru sambung kembali. Dengan cara ini, pelajar dapat mengurangkan tekanan belajar dan ianya dapat membantu  pelajar untuk kekalkan fokus.

5. Jaga Ibadah

Ini adalah perkara paling penting bagi seorang pelajar yang mahu cemerlang. Perlu diingatkan, bahawa kejayaan adalah milik Allah Taala. Allah yang bagi kejayaan kepada mana-mana hambaNya. Hebat mana seorang pelajar usaha, jika Allah tak izinkannya berjaya maka dia tidak akan berjaya juga. Jika Allah tolong seseorang itu, maka tiada siapa lagi yang dapat mengalahkannya.

Tujuan manusia dicipta adalah untuk beribadah. Ibadah itu adalah melakukan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Jika kita nak minta sesuatu kepada Allah, maka wajarlah kita mematuhi setiap suruhanNya.

Pelajar cemerlang sentiasa menjaga perhubungan dengan Allah. Pelajar cemerlang jaga solat dengan baik, rajin berdoa dan rajin baca Al-Quran. Apa sahaja yang disuruh oleh Allah, akan dilakukan oleh pelajar cemerlang. Ini penting. Pelajar cemerlang juga takut untuk terjebak dalam kancah maksiat. Tidak kira besar atau kecil dosanya, pasti akan dijauhi oleh pelajar cemerlang. 

Nabi saw pesan, Apabila kita jaga hak Allah maka Allah akan jaga hak kita. Jaga hak Allah itu adalah dengan cara melakukan setiap suruhanNya dan meninggalkan setiap laranganNya.

Ingat! setelah puas kerja keras, naiklah ke ruang solat mencari sejadah. Sujudlah membasahi sejadah memohon keampunan dan memohon kejayaan dari Allah Taala.

Entri sebelum ini – 3 Tip Mula Berubah

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Sila share dengan klik pada button share Facebook dibawah. Terima kasih.

Like page kami –>> fb.me/CIQTraining

Adakah anda sedang mencari 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

The post 5 Perkara Pelajar Cemerlang Lakukan appeared first on CIQ TRAINING & CONSULTANCY.

]]>
https://www.ciqtraining.com/5-perkara-pelajar-cemerlang-lakukan/feed/ 0