Pilih satu Halaman

-Ceramah Motivasi bersama warga Penjara Penor kuantan pahang- 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat anda semua. Kali ini kami masuk penjara pula tau, tetapi bukan sebagai banduan ye, tetapi untuk menyampaikan ceramah motivasi bersama warga Penjara Penor Kuantan Pahang. Terima kasih kepada pihak penjara Penor kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk berkongsi ilmu bersama insan-insan istimewa ini. Pada mulanya kami susah hati juga nak terima jemputan ini kerana bimbang Penceramah kami bercakap sorang-sorang je nanti. Selepas positifkan diri maka kami bersetuju untuk memberi ceramah motivasi banduan penjara penor kuantan pahang.

Ceramah Motivasi bersama warga Penjara Penor Kuantan Pahang ini adalah bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul dan ianya begitu istimewa dan memberi banyak pengajaran buat kami agar menjadi manusia yang lebih bersyukur. Program ini tiada gambar ye sebab semua barang tidak dibenarkan untuk dibawa masuk. hanya bawa diri je kali ini. Semua barang termasuk dompet, telefon, kunci, minyak cap kapak semuanya perlu disimpan di dalam loker yang telah disediakan di pintu masuk. Pemeriksaannya juga begitu ketat sekali. Yelah kan, nak masuk penjara bukannya nak masuk mall. 

Kami disambut oleh pengarah, kakitangan dan banduan di pintu masuk dan kami diarak dengan bacaan selawat ke atas baginda Nabi saw. Apa yang menarik perhatian kami adalah, sekumpulan banduan ini begitu bersungguh-sungguh berselawat dan inilah pengalaman saya bersama orang yang paling bersemangat berselawat ke atas Nabi saw. walaupun kami setiap tahun menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul tetapi tidak pernah jumpa lagi kumpulan yang begitu bersemangat seperti kumpulan banduan ini. Terkejut kami ketika mula-mula mendengarnya.

Sebelum ceramah bermula

kami didendangkan dengan nyanyian nasyid oleh kumpulan yang terdiri daripada banduan yang mana mereka adalah juara pertandingan nasyid penjara peringkat kebangsaan. Dua lagu diperdengarkan kepada kami dan ianya begitu merdu sekali. Jika mereka nasyid lagu ketiga mau tidur kami dibuatnya. Suara Solo mereka sungguh sedap, jika tidak salah pilih jalan boleh jadi artis dia tu. 

Sepanjang ceramah disampaikan, kami dapati mereka begitu kusyuk mendengarnya, dan ternyata tanggapan kami meleset sama sekali kerana sepanjang kami berceramah, kami belum jumpa peserta yang begitu kusyuk dan memberi penuh perhatian terhadap penceramah sehinggakan mereka mengalirkan air mata. Sayu hati kami melihat kesungguhan mereka menghadapi ujian Allah yang begitu hebat yang mana kami tak mampu untuk menanggung beban tersebut. 

Kami telah menimba satu pengalaman yang begitu bermakna disini. Sesungguhnya nikmat Bebas ini begitu bermakna bagi kehidupan ini. Nak rasa nikmat bebas ini, cubalah masuk penjara sekali. Nescaya kalian akan berasa nikmatnya dapat hidup bebas. Kami yag masuk bagi ceramah 1/2 hari dalam penjara, apabila keluar sahaja dari pintu utama penjara terasa begitu lega sekali dan syukur dengan nikmat kebebasan ini.

Lagi Aktiviti kami

 

Adakah anda sedang mencari 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

Share This

Share this post with your friends!