Pilih satu Halaman

Program Motivasi Pelajar

Seminar Berani UBAH bersama pelajar Antarabangsa dari Sekolah Indonesia Kuala Lumpur

Program berlangsung pada 29 & 30 Oktober 2018 di Benum Hill Resort yang terletak di daerah Raub Negeri Pahang. Ini kali pertama team kami sampai ke lokasi ini. Lokasinya sungguh mendamaikan. Lokasi ini dahulu merupakan kem PLKN.

Persekitaran kem ini dikelilingi hutan dan kebun yang membuatkan suasananya begitu menenangkan dan amat sesuai untuk menjayakan program motivasi pelajar dan juga progra latihan lain mahupun teambuilding.

Syukur pada Allah SWT apabila team CIQ Training dihubungi oleh bapak Alwi Lutfi yang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Indonesia Kuala Lumpur yag melahirkan hasrat berminat untuk menjemput CIQ Training menjayakan Program Motivasi Pelajar bersama pelajar Sekolah Indonesia Kuala Lumpur.

Selepas mendapat kata persetujuan, pihak kami dijemput untuk menghadiri mesyuarat di Sekolah Indonesia Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2018. Mesyuarat itu di pengerusikan oleh bapak Marwoto yang merupakan timbalan kepala sekolah.

Sejarah tercipta buat pasukan CIQ Training apabila modul Seminar Berani UBAH! buat julung kalinya dijayakan bersama pelajar Antarabangsa. Jumlah pelajar sekitar 110 yang melibatkan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan nasional Indonesia iaitu pelajar SD, SMP, dan SMA.

Pelajar SD (Jika di Malaysia seperti pelajar UPSR)

Kategori SMP (Di Malaysia pelajar PT3)

 

Pelajar SMA (Di Malaysia pelajar SPM)

Program Motivasi Pelajar kali ini begitu havoc sekali. Pelajar-pelajar ini energi mereka lain macam betul. Bersemangat betul mereka sepanjang program berlangsung. mereka semua memang pelajar-pelajar yang hebat. Sungguh luar biasa gitu.

Aktiviti Outdoor

Pada hari kedua, berlangsung pula aktiviti outdoor iaitu Flying Fox dan Berkayak. Mereka begitu teruja, dan kami juga teruja sama. memang best gila program kali ini.

Pengalaman ini begitu bermakna buat pasukan kami sepanjang kami berkecimpung dalam menjayakan Program Motivasi Pelajar di seluruh pelusuk tanah air. Semoga dapat bertemu lagi pelajar-pelajar hebat ini dilain masa.

Berminat untuk menjemput pasukan CIQ Training menjayakan Program Motivasi Pelajar, boleh terus hubungi talian 019 986 8346 untuk sebarang pertanyaan. juga boleh hubungi laman web kami www.ciqtraining.com/ubah atau emel kepada kami di alamat ciqtraining@gmail.com

 

 

Share This

Share this post with your friends!