Program Motivasi Pelajar di Langkawi Kedah.
Mengimbau memori perjalanan CIQ Training dalam bidang Latihan dan Motivasi.
Program Motivasi Pelajar di Langkawi Kedah. CIQ Training telah dijemput untuk menjayakan Program motivasi pelajar di Langkawi Kedah bersama SMK Tunku Putra Langkawi dan Maktab Mahmud Langkawi pada tahun 2016. Pertama kali ultraman kami telah terbang ke Langkawi untuk berkongsi ilmu dengan pelajar disana.
Program Motivasi Pelajar di Langkawi Kedah ini memberikan satu pengalaman yang begitu menyeronokkan. Program bersama Pelajar SMK Tunku Putra pada asalnya hanya untuk pelajar tingkatan 3 sahaja. Tetapi pihak sekolah telah ambil keputusan untuk jayakan program bersama pelajar tingkatan 5 juga. Manakala program bersama Maktab Mahmud pula pada asalnya hanya untuk pelajar tingkatan 1 dan 2. Tetapi pada hari program hampir semua pelajarnya hadir dan membuatkan dewan melimpah ruah.
Kami begitu teruja dengan sambutan pelajar-pelajar di Langkawi Kedah kerana mereka begitu mesra dan bersemangat. Sepanjang program mereka begitu tekun dan begitu bersungguh-sungguh. Jelas terpancar di wajah mereka kesungguhan untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
Program ini mengajar mereka erti kejayaan. Apa makna kejayaan sebagai seorang manusia? Bagaimana pengalaman kegagalan penceramah membantu pelajar untuk tidak gagal dalam kehidupan mereka. Pelajar di dedahkan dengan kepentingan Matlamat dan Pilihan yang perlu dilakukan sebagai seorang pelajar. Pelajar juga dikongsikan dengan permasalahan gejala sosial yang semakin meruncing mutakhir ini. Ianya bertujuan untuk membantu pelajar daripada menjadi mangsa kepada mereka yang tidak bertanggunjawab.
Alhamdulillah, semua pelajar telah memberikan komiten yang terbaik sepanjang program berlangsung dan Program motivasi pelajar di Langkawi Kedah ini telah meninggalkan seribu satu kenangan dan pengalaman yang menyeronokkan dan diharapkan kami akan dapat berkunjung lagi ke sini suatu hari nanti.
Bercuti
Program ini kami pakejkan sekali dengan percutian. Kami berada di Langkawi selama 7 hari dan ini merupakan program paling seronok bukan sahaja buat diri kami malah keluarga kami juga. Sambil menyelam kita minum air. Dapat berkongsi ilmu dan dapat bercuti sekali.
Percutian seperti ini dapat meringankan stress dan mengeratkan perhubungan kami. Sesungguhnya, percutian sebegini dapat membuatkan diri kita lebih fokus dengan kehidupan. Sekurang-kurangnya, setahun sekali manjakan diri kita dengan sebuah percutian yang mendamaikan.
Adakah anda sedang mencariĀ
- Penceramah Motivasi
- Atau Program:
- Latihan & Motivasi untuk syarikat
- Motivasi untuk Pelajar
- Kepimpinan Pelajar
- Kem Motivasi Pelajar
Anda boleh hubungi :
- Talian : 019 986 8346
- Emel : ciqtraining@gmail.com
- Laman web : www.ciqtraining.com
- Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah