Pilih satu Halaman

Hidup ini adalah ujian dan ianya penuh dengan pancaroba. Kegagalan menguruskan hidup dengan baik akan menyebabkan hidup menjadi porak peranda. Manusia semua mengharapkan kehidupan yang harmoni dan tenang. Persoalannya adalah bagaimana untuk mendapatkan hidup yang lebih tenang.

Berikut adalah 10 tip hidup tenang yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

1.Berdoa

Tatkala berhadapan dengan masalah, usah susah hati dengan memikirkan masalah tersebut. Sebaliknya teruslah mengadu kepada Yang Maha Esa untuk mohon bantuan. Berdoalah dengan penuh pengharapan dan rasa takut kepada Allah Taala. Doa adalah senjata orang mukmin. Ketika hati berat, naiklah ke ruang solat dan carilah sejadah lalu sujud basah dini malam merintih kepada Yang Maha Mendengar. Doa tanda keyakinan kita terhadap Yang Maha Esa.

2. Bangun Awal Pagi

Allah tebarkan rezeki seluas-luasnya kepada mereka yang bangun awal pagi. Robin Sharma kongsikan 60 tip kejayaan dan salah satunya adalah bangun jam 5.00 pagi. Orang mukmin diseru mulakan awal pagi dengan ibadah seperti solat tahajud dan baca Al-Quran. Hari yang dimulakan dengan solat dan Al-Quran, InsyaAllah sepanjang harinya akan dipermudahkan oleh Allah Taala.

3. Usah mengharapkan balasan Orang

Apa jua yang kita lakukan, usah mengharapkan balasan dari orang. Biarlah hanya Allah sahaja yang membalasnya. Fokus kepada balasan dan pujian orang akan menyebabkan kita mudah kecewa. Apabila tolong orang, usah mengharapkan ucapan terima kasih darinya kerana jika dia tidak ucap terima kasih kita yang akan sedih dan kecewa. Buatlah segala-galanya hanya kerana Allah Taala yang Maha Pemberi Ketenangan.

4. Rehat

Rehat itu perlu. Tatkala badan berasa lelah, berhenti rehat, tidur seketika, kumpulkan tenaga dan tenangkan fikiran sebelum sambung perjuangan hidup. Rehat yang cukup membantu minda dan fizikal kekal sihat. Rehat yang cukup juga membantu mengekalkan fokus kita dalam apa jua perkara yang kita lakukan.

5. Abaikan kata negatif

Mulut orang kita tak mampu tutup. Dalam dunia ini, apa jua perkara yang kita lakukan samada perkara baik atau buruk, pasti ada sahaja mulut puaka yang berkokok. Ini lumrah dalam kehidupan mutakhir ini. Apa yang perlu kita lakukan adalah pekak telinga. Yang negatif abaikan dan yang positif kita ambil sebagai tauladan. Usah penatkan diri menari mendengar paluan gendang orang lain.

6. Maafkan

Hidup ini singkat. Tidak berbaloi untuk kita tambah musuh. Ianya akan kusutkan hidup kita. Belajar memaafkan. Perit mana hati kita rasa, maafkan sahaja. Maafkan orang lain akan rendahkan hati kita. Orang rendah hati mudah didampingi oleh orang lain. Amarah adalah penghalang kepada ketenangan dan Maaf adalah musuh amarah. Urus marah, tenang kunjung tiba.

7. Bercuti

Sekali sekala bawa diri pergi berjalan. Lihat tempat orang dan belajar sesuatu sepanjang perjalanan. Usah hanya berjalan semata-mata. Kerana Alam memberi banyak pengajaran kepada orang yang berfikir. Refresh perhubungan dengan pasangan hidup melalui percutian samada dalam atau luar negara. Usah terlalu berkira untuk belanja diri dan pasangan. sekurang-kurangnya setahun sekali pergilah bercuti bersama keluarga. Rancang percutian mengikut kemampuan diri.

8. Berhenti Gossip

Usah hidup berkisar tentang orang lain. Usah sibuk bicara perihal orang lain kerana ia hanya membuang masa kita. Jika kita mengata perkara yang tidak elok boleh jadi mengumpat dan dapat dosa. Sangat tidak berbaloi untuk dapat dosa kerana orang lain. Bicaralah perihal peluang yang boleh mengembangkan akal dan boleh majukan hidup kita.

9. Sedekah

Belajar memberi. Usah hanya mahu menerima sahaja. Rahsia orang kaya bahagia adalah suka memberi. Belum ada orang jatuh miskin sebab sedekah. Sedekah mengikis sifat tamak dalam diri. Sifat tamak musuh kepada ketenangan, orang tamak selalu rasa tidak cukup. perasaan ini membuatkan hidup gundah gulana. Sedekah juga sebenarnya dapat membantu mengurangkan stres.

10. Sangka baik selalu

Sangka baik memacu kepada hati yang redha. Hati redha buatkan orang miskin berasa kaya, dan hati yang tidak redha buatkan orang kaya berasa miskin. Sentiasa sangka baik kepada Allah atas Qada’ dan QadarNya. Juga sentiasa bersangka baik kepada manusia lain atas apa jua keadaan.

Entri sebelum ini –> 5 Perkara Pelajar Cemerlang Lakukan

Like page kami –>> fb.me/CIQTraining

Terima kasih kerana membaca artikel ini.

 

Adakah anda sedang mencari 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

Share This

Share this post with your friends!