Pilih satu Halaman

-Motivasi! Sedikit tetapi Sampai- Kunci bahagia 2

Kunci bahagia 2 akan dikupas melalui kata tersebut: “Manusia tidak akan dapat lari dari melakukan kesilapan kerana kita bukan Malaikat.”

Tiada manusia yang maksum iaitu terlepas dari dosa dan kesilapan kecuali Baginda Nabi s.a.w sahaja. Oleh itu, kita pasti ada melakukan kesilapan dalam hidup kita. Cuma kita sahaja yang sedar atau tidak akan kesilapan yang telah dilakukan ataupun kita buat-buat tidak sedar. Dalam erti kata lain, kita tidak pernah mengaku akan kesilapan diri, malah sentiasa menyalahkan orang lain atas setiap kesilapan yang dilakukan. 

Daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda,

“Setiap anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah orang yang bertaubat.”  -Riwayat Tirmizi-

Apabila kita sedar yang diri telah melakukan kesilapan, maka perkara utama yang kita perlu lakukan adalah bertaubat atas setiap kesilapan yang telah dilakukan. Kunci bahagia 2 adalah taubat iaitu jalan bahagia selepas Ikhlas (boleh baca artikel kunci bahagia 1).Taubat berlaku apabila kita mula sedar yang diri banyak melakukan kesilapan dan dosa. 

Apa itu Taubat?

Menurut Imam Ibn Al-Dayba’ dalam kita Amalan Penghapus Dosa, Makna taubat dalam bahasa Arab ialah al-ruju’ (kembali). Kalimat ini berasal daripada taaba iaitu dia telah kembali. Maka taubat beerti kembali daripada perkara yang dikeji oleh syarak kepada perkara yang dipuji.

Para Ulama berkata, ” Taubat daripada segala dosa adalah wajib. Sekiranya dosa yang dilakukan itu antara seorang hamba dengan Allah Taala serta tidak berkait dengan hak manusia, maka syarat-syaratnya ada tiga:

  1. Meninggalkan dosa yang dilakukan
  2. Menyesali dosa yang dilakukan
  3. Berazam untuk tidak mengulanginya buat selama-lamanya.

Jika salah satu syarat ini tidak dipenuhi, maka taubat kita tidak sah.”

Sekiranya dosa yang kita lakukan melibatkan hak orang lain maka kita wajib menyelesaikan hak yang bersangkutan dengan orang tersebut. Jika kita mengumpatnya maka kita perlu minta maaf darinya. Jika kita mengambil barangnya maka kita perlu memulangkan semula barang tersebut. 

Allah kasih pada orang yag bertaubat dan Allah sentiasa menerima taubat hambaNya. Ini menunjukkan yang Allah begitu Kasih akan hamba-hambaNya. Cuma manusia sahaja yang tidak sayangkan diri mereka. 

Firman Allah Taala yang bermaksud

“Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihi.” (Surah al-Hujurat 49 : 12)

” Kemudian Allah menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah amat belas, lagi Maha Mengasihi terhadap mereka.” ( Surah al-Tawbah 9 : 74) 

Kunci bahagia 2 atau taubat ini perlu dilakukan sebaik mungkin jika kita ingin mendapat bahagia, kita perlulah menyucikan hati dan diri kita dari dosa-dosa serta perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Taala. Kita perlu istiqamah memohon keampunan kepada Allah Taala dan kita perlu memohon keampunan daripada Allah setiap hari. Sentiasalah kita berusaha untuk baiki diri kerana kita adalah insan yang sering melakukan kesilapan.

Motivasi anda tanggungjawab kami

Biar sedikit tetapi sampai

Entri sebelum ini –  Kunci bahagia 1

Terima kasih kerana membaca Kunci bahagia 2

Adakah anda sedang mencari 

  • Penceramah Motivasi
  • Atau Program:
  • Latihan & Motivasi untuk syarikat
  • Motivasi untuk Pelajar
  • Kepimpinan Pelajar
  • Kem Motivasi Pelajar

Anda boleh hubungi :

  • Talian : 019 986 8346
  • Emel : ciqtraining@gmail.com
  • Laman web : www.ciqtraining.com
  • Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah

Share This

Share this post with your friends!