-Motivasi! Sedikit Tetapi Sampai-
Imam Hasan al-Banna menyebut bahawa makanan bagi hati adalah al-Quran. Hati dan perbuatan manusia mempunyai kaitan yang rapat, dan kedua-duanya saling bergantung. Hati memerlukan makanan yang berzat setiap hari sebagaimana jasmani kita memerlukan makanan yang berzat untuk terus kekal sihat.
Al-Quran merupakan mukjizat Nabi s.a.w yang begitu hebat. Kita kagum dengan mukjizat Nabi Isa a.s. yang boleh menyembuhkan orang buta dan sopak, kita teruja dengan mukjizat Nabi Daud a.s. yang boleh mencairkan besi, kita tergamam dengan mukjizat Tongkat Nabi Musa a.s. yang mampu membelah lautan. Tetapi kita memandang sepi sahaja mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi s.a.w. yang mana ianya terus menerus dapat diwarisi oleh umat Nabi s.a.w. Kita dapat memegang al-Quran tetapi kita memilih untuk tidak membacanya. Ianya merupakan satu kerugian besar.
Kenapa manusia tidak sempat nak baca al-Quran? antara sebabnya adalah kita terlalu sibuk mengejar dunia. Kononnya dunia adalah ukuran kejayaan bagi seseorang individu. Momokan ini telah menjadi satu pegangan buat manusia mutakhir ini. Manusia lebih memilih untuk belajar ilmu lain berbanding ilmu al-Quran.
Seorang cendekiawan menyatakan “Seandainya kita mendidik anak-anak kita pandai dalam ilmu keduniaan tanpa ilmu al-Quran, kita mendidik mereka berpotensi menjadi pencuri yang profesional.”
Ini realiti yang berlaku sekarang.
Berapa ramai umat Islam profesional yang tidak terdidik dengan al-Quran telah menunjukkan sikap yang sombong dan angkuh dengan ilmu yang mereka perolehi. Terdapat juga segelintir mereka yang tanpa rasa bersalah menyalahgunakan kuasa mereka demi mengaut keuntungan peribadi melalui rasuah, khianat dan sebagainya. Inilah hasil produk yang terdidik tanpa al-Quran.
Bukanlah bermaksud apabila kita mesti belajar al-Quran, maka ilmu lain tidak penting. Yang dahulu mesti didahulukan dan kesimbangan dalam menuntut ilmu itu penting. Utamakan yang penting dan terokai yang perlu. Inilah konsep menuntut ilmu yang akan melahirkan generasi yang hebat dunia dan akhirat.
Al-Quran merupakan panduan kepada manusia tetapi kebanyakan manusia tidak meyakininya dan mengambilnya sambil lewa. sesungguhnya manusia ini sedang berada dalam kerugian. Usah biarkan diri kita berada dalam kelompok ini, selamatkan keluarga dan rakan kita daripada terjerumus dalam kancah pemikiran kelompok ini. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. selama-lamanya.
Entri sebelum ini – Motivasi Hati
Terima kasih kerana membaca Makanan bagi Hati
Adakah anda sedang mencari
- Penceramah Motivasi
- Atau Program:
- Latihan & Motivasi untuk syarikat
- Motivasi untuk Pelajar
- Kepimpinan Pelajar
- Kem Motivasi Pelajar
Anda boleh hubungi :
- Talian : 019 986 8346
- Emel : ciqtraining@gmail.com
- Laman web : www.ciqtraining.com
- Isi Borang Online dengan klik butang Seputar Pertanyaan di bawah